31 December 2010

.cute.



source : natalie dee





28 December 2010

Friendster


Ushar jap account frenster. Accidentally. Takde niat langsung nak bukak *bunyi hina gyle..sorry fs*

Sebelum tu, jom tengok pic yang aku copet dari album frenster..

OK, jom gelak ramai2.
pose poyo bajet brutal dari aku waktu form 5.



muka ktorang tak itam kan? tak itam kan?
cuti masa PLKN, dengan ic skuad ktorang yang otai, iqa:)

Bila bukak frenster, rasa macam tengah tengok nad version sekolah menengah and matrics.
Seriously. Dulu kan feymes ngan benda ni je.

not that i'm totally different rite now,
tapi..
there are few things yang buatkan aura moment2 dulukala datang balik..*aura? erk*

all the messages, comments...still ada lagi kat position yang sama.
and i read back all the content of the messages in my inbox.

manis2 belaka.sampai nak nangis baca.aha.

now, almost all of the things changed. different.
manusia berubah..kan? hm.



~ 'angel cutie'.still me?





27 December 2010

tomorrow you didn't

lets karok~! http://www.emocutez.com


It's a forgone conclusion, your love's an illusion
and the picture is starting to fade
boy let's be honest, when it comes to your promise
it's just a lot of empty words you say
and the future's only gonna be more of the same
you've only got yourself to blame


Tomorrow you didn't, yesterday you won't
'cause I know everything you say you gonna do you don't
that's a given, it doesn't matter anyway
hey, I know what love wasn't, I know what love isn't
so when you say you're gonna change you gotta be kidding
tomorrow you didn't,
hey hey, I'm outta here today


I used to believe in, all your romantic dreaming
but it really ain't that cute anymore
'cause my time's to precious
so I wish you the best with
whatever it is you're looking for
baby this is all for your own good,
I'm leaving cause I know you never would



I don't need a crystalball to see it all my dear,
it doesn't matter what you say,
it always turns out the same way
your predictions are fiction
and it's tragically clear






25 December 2010

~Diari~

Aku girl yang ada diari.


Aku mula gunakan buku yang aku namakan sebagai 'diari' ni since aku darjah 6.. Hm, rasanya lagi awal dari tu kot. Tapi versi yang awal2 tu not so call as diari sangatlah sebab dalam buku tu hanya ada benda2 merepek pasal mimpi2 yang aku ingat..(yeah, aku memang sorang budak perempuan yang pelik suka ingat mimpi and tulis balik dalam buku latihan -_-" ) dan lukisan2 sailormoon yang aku fanatik gila waktu tu (sanggup fokus berjam2 semata-mata nak lukis).

Diari aku mungkin tak macam budak2 perempuan lain yang berwarna pink, ada tulisan "princess's diary" or "my diary", be-renda2, be-ribbon2,kadang2 siap ada mangga kecik and kunci lagi tu..oh, sangat secure.. Diari aku?? Simple je.---> buku nota sekolah yang dah tak pakai atau buku nota yang berharga rm1.50.

Bila dah besar sikit, baru aku tulis benda2 yang logik dek akal, senang citer, aku tulis perkara2 yang real (bukan pasal mimpi or sailormoon da). Masa sekolah dulu, boleh kata hari2 aku update ngan cerita2 pasal life aku. Bila ingat balik, memang rajin betul aku nak menulis2 dalam diari ni,lagi rajin dari update entri kat belog.hee. Pasal tulisan2 aku dalam diari..bila aku review2 balik..most of its pasal feeling aku. My happiness and sadness. Tapi...sadness paling banyak....*touchy sungguh la dahulu kala*kikikiki.

Sejak aku masuk matriks then jadi university student ni, buku diari aku tu makin berhabuk. Dah lama sangat tak tulis2 dalam tu. Balik rumah ni pun, diari tu takde sebab da kena tinggal kat Sarawak. Hmm. Ikut2 kan kalau aku tulis semua perkara pasal matriks n universiti life aku dalam diari, memang dah berbuku2 kot terhasil..,ecece.

Ok. Sebenarnya sekarang terasa sangat memerlukan diari. Nak tulis2. Nak buat karangan 1000 perkataan dalam tu. Nak cerita macam2. Benda yang aku rasa orang takkan faham, diari tu takde mulut or apa2, dia terima semua cerita aku tanpa perlu di-edit and dia takkan pokpek2 kat orang lain. Nak diari.





~susa sangat tulis dalam kertas,
balik sarawak nanti tampal.






21 December 2010

Langkawi Trip :)


Da banyak kali rasa nak update blog pasal olidae kat langkawi ni tapi asek tertangguh2 je. So skang, time mata tengah buntang n tak ngantok2 nih..baek aku citer laju2. mood rajin~!

Ekceli, aku tak expect pun aku akan pegi langkawi olidae ni. Tiba2 je abang aku ajak..so, rezeki jangan ditolak..mesti sapu! so ber-langkawi-lah aku selama 4 hari 3 malam..

After susah payah aku n kak zie search hotel2 budget langkawi (ktorang nak berjimat cermat so cari yang cheapest..hee) kat internet..finally dapat jugak jumpa satu hotel..eh, silap..bukan hotel tapi MOtel..ngee. Tapi motel bukan sebarang motel woo, memang berstar2 ah aku bagi.. Er, motel ni memang la takde tub mandi bagai, ada tv pun rosak..haha..tapi aku sangat lah suka dia punya environment.. Bukak je pintu nampak laut! excited state terus masa mula2 sampai..

ni la pantai yang jalan kaki beberapa tapak dari motel da boleh sampai :)
kat sebelah banana boat tu ada satu cafe..majority omputeh r yang suka lepak..
tiap malam ada band nyanyi2 n mostly bob marley's songs..bes la jugek~

Waktu malam, benda wajib aku buat is lepak tepi pantai..berani sebab ramai orang, malam2 pun meriah..hee. Tak pernah pun try lepak tepi laut malam2 before this n tak sangka memang best n tenang gyle rasa. Aku plak jenis suka tengok bintang, so kat sana memang terbaek la..siap ada background music lagi --> bunyi ombak n orang nyanyi ^^ Time2 tengok langit n bintang tu la aku berpeluang tengok meteor..seyes banyak gyle..ingat mata aku silap or kot2 aku terlebih berangan tapi niece aku pun ada nampak jugak, so betol la tu meteor..ngee.


Underwater World.. macam jadi tempat wajib utk tourist kat langkawi ni..
boley la tahan~ irfan suka la tempat ni sebab boleh tengok ikan2 yang bigger dari dia (-_-"



Island hopping.. swonok2!! ^^

Dayang Bunting..nampak kan bentuk dia?
terkagum sekejap masa pakcik boat tu explen..hihi.

Cable Car... yang kecik2 kat atas tu cable car la tu..
ktorang naek cable car ni macam naek roller coaster..menjerit tak hengat! aha;p

Tatau tengah tunjuk ape (-_-"
tapi ni masa kat atas tu, 700m above sea level..

Deer feeding.. muka bahagia..
dalam hati.. "aa..banyak gila saliva ko kat tangan aku!"
tapi pe2 pun rusa2 itu semua sangat kiut :)

kebrutalan irfan terserlah kat muka dia..
cian rabbit tu kena paksa makan! hehe

i'm looked taller with short window~ hee;p
kat makam mahsuri.

After dah puas jalan2..baru spend time untuk shoping2..beli benda2 yang orang berebut2 beli..bagi aku, coklat je kot.hee. Masa kat kedai tu sangat hebat r tengok makcik2 bershoping..bersemangat waja betul! sampai kesian tengok hubby kepada sorang makcik ni sebab tak larat nak angkat barang bini dia beli..punya la banyak bini dia borong.. Cakap orang, ntah2 aku pun jadi camtu..aha.mintak jao, mintak jao~ ;p

Skang kat rumah, the best place ever.. tak boleh lawan dengan mana2 tempat pun..hehe. Neway, thanks to my abang sebab sudi menyupport aku for olidae kali ni :) tenkiu3~ lain kali ajak lagi..heh3.




~lagi 2 weeks balik sarawak..urgh. Nak cuti lame2!




13 December 2010

http://www.emocutez.com

http://www.emocutez.com

http://www.emocutez.com

jumpa orang2 tersayang hari ni..
rinduuuuuuuuu.hik2.

langkawi, tunggu aku okeyh? esok aku datang~ wee.



10 December 2010

badminton with player kicik

really need a diversional therapy rite now.aha.hmm.

Aku rasa aku dah boleh jadi player badminton yang expert kalau dok klang ni lama2. Mana taknya, hari2 kena paksa ngan irfan lawan badminton ngan dia (-_-" , but its okay..aku enjoy! hee. Masa tengah lawan tu, dia akan announce diri dia as "ironman" which I prefer to call him as "ayam-man", and dia akan refer pihak aku as "barbie" or "princess"..err, ape2 jelah irfan~

Petang tadi main lagi badminton tapi kali ni dapat la pukul kuat2 and tinggi2 sebab main kat recreational park! *before ni main dalam rumah je sambil aku duduk kat atas sofa, and baling slow2 sebab takut kena kipas..hee*

tadi lawan dengan isha coz irfan da lesap pegi kat tempat main2 belakang tu.
kalau main dgn dia ni kena ada kesabaran sebab mulut dia macam mak nenek.aha.

"maksu! tak teres (terer) la..baling asek nak senget2 je.."
-pastu dia pun serve gyle tepi and senget benget..haa, hamik ko, kena tulah aku.aha.

"maksu,baling la tinggi2 and kuat2 sket! Cam da takde tenaga je maksu ni.."
-Pastu dia tergelak2 sebab tak dapat tangkap bila aku smash..ngeh3.

"maksu tak hebat, maksu tak hebat..akak lagi hebat"
-ingat boleh psycho aku la tuh~


maksu comot.
gaya macam pegang sudip masa masak nasi goreng.




~ hope banyak calorie hangus petang tadi.
cuti asek makan je keje aku.



09 December 2010

4 jenis lelaki

Tadi aku ber-ym dengan sorang kawan. Aku respek dia sebab dia tua matang dari aku lima tahun..ekceli, aku memang la tade jodoh nak berkawan ngan orang2 yang tua berapa tahun ngan aku. Maybe sebab tu perangai pun tak matang2 kot ;p

Neway, tadi kitorang borak2 hal seriuss.haha. Kebengongan dan kesengalan aku dalam berborak pun tidak ditonjolkan masa chatting tadi..*bukti betapa serius nye topik kitorang*. Hm, tapi seriuss dia takdelah se-seriuss hal wikileak tu..serius yang serius untuk masa depan je. Aahh pening sebot perkataan serius banyak kali! @_@

Dia ber stori kat aku pasal 4 type lelaki. *dia pun lelaki, so possibility kebenarannya tinggi la*

Lelaki Type 1 (macam diabetes type 1 plak kan..hee)
  • Beragama, mencintai wanita kerana Allah.
  • Mengetahui bahawa isteri tu amanah Allah..jadi dia akan berpegang kepada amanah tersebut dan menjaga kehormatan isterinya serta keluarga.Sebab..dia tahu satu hari nanti dia akan dipersoalkan dan di pertanggungjawabkan di akhirat kelak.
  • Sentiasa didik isteri dan apabila dalam kesusahan, dia akan jadi penasihat yang setia.
Lelaki Type 2
  • Bersifat king control. (king control? selalu dengar yang queen jek (-_-" )
  • Menyayangi perempuan tidak hanya kerana Allah tetapi kerana nafsu.
  • Berkemungkinan tidak mahu melepaskan girlfren, kekasih o what so ever sebab mungkin satu hari nanti dia dapat mempergunakan mereka.
  • Menyukai perempuan kerana kecantikannya.
  • Hati senang berubah. Sekejap kata sayang, kejap kata tidak.
  • Tidak menyedari tanggungjawab dirinya sebagai ketua. Bahkan diri dia yang merosakkannya lagi.
  • Apabila kecantikan isteri nya mulai pudar, dia akan memandang kepada perempuan yang lebih cantik. Isterinya hanya sebagai back up.
  • Perangai before and after kahwin tidak banyak beza.
Lelaki Type 3
  • Langsung tade perasaan kaseh kat isteri die.
  • Cinta bagi dia bersifat sementara.
  • Agama da totally out.
  • Bergantung pada sifat amarah dia.

Lelaki Type 4
  • Hanya tahu mengambil kesempatan.
  • Tidak menghiraukan maruah perempuan tu. Hanya pentingkan keuntungan diri.

So, to lelaki2, kamu type mana eh? type 1 sile beratur bagi no fon skang..;p aha. Tapi seriusly sape tanak yang type 1 tu kan,.. nad suke type 1~ sebab tu suka usha budak surau masa kat skola *kantoi..hehe*

Tapi, kena la mem perfek kan diri dulu sebelum nak berangan dapat putera2 seperti itu ye. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, n perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.

Oh, tiba2 rasa malu bercerita hal seriuss seperti ini. Tapi aku nak share, so post jela. Ehm, pesal nak malu yek? Ntah, tapaham (-_-"



~ aku tak demand. Tapi biar sampai syurga *cam lagu faizal tahir
er.merepek.stop2!



03 December 2010

ayer liok pahittt!

Agak disgusting kan tajuk entri kali nih. heh2. Tapi tula benda yang aku rasa skang..wuu T_T

Oh, amat tidak menyukai demam! Kalau masa sekolah rendah dulu je suka demam sebab boleh tak datang sekolah ;p

Ketidak stabilan suhu badan aku skang buat aku rasa macam kat puncak gunung Alps je *ok, sgt hyperbola* tapi, memang sejuk la, sampai anak buah aku komplen,
" Maksu niee, badan panas je, camne boleh rasa sejuk plak?? "
Naseb baek aku demam, kalau tak da lama da aku ajar dia pasal body reaction towards infection cam aku blaja kat kelas tuh..hee.

Argh, tak selesa nya. Hm, cepat la baek..cepat la baek..cepat la baek....http://www.emocutez.com






~ sgt merindui mak waktu demam2 camnih...wuu.
mak silelah cepat balik dr mekah.wuu.




30 November 2010

chenta dalam hati..


Entri ni bukan pasal lagu band Ungu 'cinta dalam hati' tu tau..so, aku change la word cinta to chenta..hee. Yup, memang hati ni tengah bercintan cintun sorang2..in other word, aku syok sendiri (-_-". Kalau aku tak syok sendiri, mesti dah dapat dah..tapi pihak yang di sana tak ingin kat aku, nak wat camne an, pihak di sana mementingkan wang ringgit semata2...aku da ada duet ribu2 baru nak kat aku..wuuu~

Okey, enuf merepek nad~ Actually skang tengah dalam mood jeles tengok member2 aku punya gamba yang sangat lah cantik bagi aku. Itu semua hasil dari kamera or dslr dia. Aku pun tak tau sejak bila aku minat ngan fotography ni. Tapi aku memang suka tengok pic2 yang orang amik pakai dslr..semart je nampak and ada meaning tersendiri. So, aku memang ada pasang niat la nak memiliki dslr sebijik..*malu2..(tengah sengkek ada hati nak beli)* . Kalau aku merayau kat belog2 orang kan..ramai gak kecoh nak benda ni. Tapi naseb dorang cam aku jela lebey kurang, setakat berangan-angan..hehe. Tapi ramai gak yang ada..untung dorang.. :) (ada bau org jeles la kat cni..hm).

Tapi, honestly la kan, aku bukan tau apa2 sangat pon pasal dslr ni.. Nak je lebih, tapi knowledge pasal benda2 ni harrramm! haha. Kadang2 ada gak ushar pasal dslr and kamera2 best kat tnet..tapi macam la aku paham sangat lak an..so, just tengok function dia sikit2 and harga dia. Harga dia for sure la boleh buat aku pikir ber jam2 untuk beli. So, tunggu aku dapat boypren kayo dulu lah..miahaha;p

"incik dslr...saya admire kamu lah http://www.emocutez.com"

" A picture is worth a thousand words "

Sangat setuju dengan statement tu. Bagi aku, tu la special nya fotografi ni. Lagi2 orang yang pandai capture gamba. Dari benda yang memang tak interesting langsung kat mata kasar, jadi sangat interesting bila da edit2 sket through skill photographer tu. Contoh macam gamba bawah ni.

taken from flickr nuurnoar, skoolmate aku.

benda dia simple je kan? sepit baju kat ampaian.
tapi pic ni sangat capture mata aku..cantik n kreatif!




~ skang just guna photoscape jelah yek..free of charge^^



29 November 2010

dalil cinta

Itu tajuk drama melayu yang baru lepas aku layan tadi wif abang n akak ipar aku.. For the first time, aku rasa drama ni memang berada di dunia realiti n memang banyak berlaku kat anak-anak daro kek luo sano ha..*terkeluar bahasa nogori* haha. Yela, kadang2 drama melayu suka citer benda2 yang aku tak rasa cam happen je, kadang2 tak logik pon ada gak..heh2..

Okey, nak citer sket pasal drama ni...just overall je la. Tentang satu couple muda yang baru kawen. Wife dia bagi aku memang dasat la tahap ke-terrible-an dia..tak reti masak, pemalas, tak tahu kemas rumah, pemalas, bangun tengah hari buta and juga pemalas. Dia punya hubby plak a.k.a Fahrin Ahmad yang Handsome (err, perlu ke mention? perlu2..) sangatlah sabar layan perangai wife die ni..tabik spring kat laki camni kalau wujud kat dunia nyata.

So, malas nak citer pasal drama ni banyak2..just nak list down few input dari drama ni yang aku rasa penting untuk gurls before dorang kahwin..*gatal ey nad..heyp3!! (-_-"* :

  • kena pandai masak! atlis masak telur goreng? janji masak kan? ;
  • kena pandai kemas rumah! nanti kena spot check ngan sape2 malu je..
  • jangan bangun tengahari buta! *peringatan utk diri sendiri..wawa;p
  • kalau tak tahu, jangan jadi bodoh sombong!
  • jangan marah hubby! *terasa sungguh dewasa ckp benda ni..hohoho;
  • jangan kuat jeles sangat! *mcm sape ntah*


~ time to sleep!
*ade org gne mle gne kekerasan utk soh tdo.huh




26 November 2010

kuching-> seremban-> klang..

broom3~!! *bunyik aeroplane ke tuh? (-_-"
saja pilih yang wane merah coz aku kan naek air asia..ade kaitan kan? kan? kan?

After lapan assignmentss, OSCE dan final exam tiga minggu..finally hari yang ditunggu oleh semua budak kelas aku tiba! yeehaa!

Tapi actually aku dah ketinggalan sikit dah pun..ramai dah balek dulu dari aku..cess~

Okey, balik kali ni kurang ke-excited-an dia compare dengan balik-balik yang sebelum ni.. Coz kali ni aku balik tak dapat nak melantak makanan yang mak aku masak..selalunya kalau sampai rumah je, lepas salam2 sume ngan mak ayah, terus tuju meja makan..heh2.kantoi kuat makan.

Neway, akan tetap enjoy jugak walaupun kali ni stay ngan abang kejap. Kat umah abang aku, aku ada sorang 'biggest fan'. Semua aku buat, aku pakai or apa2 jelah..dia sangatlah interested.Pelik aku.aha.

Ni borak2 kitorang kat fb message:

Isha : maksu balik kampung nenek bulan berapa?????????

aku :maksu balik bulan 11..nati maksu tinggal kat umah akak kot.
isha: yahooooooooooooooooooo.................................................
besnya maksu ada dekat rumah kakak :)
aku: jangan buli maksu..nati maksu lari ;p
isha: kakak takkan buli maksu punya ........maksu betul ke maksu balik bulan 11 ??? :)
aku: yeee...:)
isha: mksu balik bulan 11 hari bulan berapa??? :)
aku: nati maksu konfem kan balik..
isha: mksu ,nenek kata mksu blik bulan 10 ???????????????? mana satu yg betul???
aku : maksu balik bulan 11..aritu silap cakap.
isha: ooo silap ckp rupanya....kkkk mcm tk sabar je...mksu ada dekt rumah kkkk
aku : (-_-"


That is my biggest fan..niece aku paling sulung, budak yang excited nak naek darjah 4 tahun depan. Walaupun dia suka perasan dialah paling top dalam segala hal, suka nyebok nak makan apa aku makan and jeles kat aku sebab lagi putih dari dia.. nad stil shayang sama dia..isk2.http://www.emocutez.com

~ epi olidae! yang tak balek tu..study3!!! *aha..keji ;p*




20 November 2010

Eee..nak picit kau sampai kempis!


kiut kan? kiut kan? ^^ (siapa cakap tak kiut, piat telinga kasi panjang cam rabbit!!)



Angora rabbit, jumpa masa tengah google.
ki..ki..kiut la jugak..tapi boleh salah pandang, nanti ingat benda ni ialah
selonggok kapas atau bantal atau pun kusyen.tak best la;p


Rabbit, rabbit, rabbit..kenapa lah kau kiut sangat? geramnya aku tengok kau tadi..macam-macam rasa ada. Rasa nak picit-picit kau, rasa nak tarik-tarik bulu kau yang gebu tu, rasa nak tarik-tarik telinga kau... (erk, sound scary la plak, cam pesakit mental melepaskan geram kat haiwan..ish2, tak baek nad!).

Memang kalau pergi Pasar Satok tu kan, tempat paling aku suka singgah selepas stall makanan is tempat jual pets tu and paling geram tengok mestilah rabbit2 dia.. paling suka tengok rabbit yang aktif2 tu, yang pemalas asek dok tido je tak suka sangat..pemalas! tapi pemalas-pemalas pun tetap menjadi pojaan hati aku..aaargh comelnye mereke!!http://www.emocutez.com

Kalaulah kat hostel ni boleh bela binatang, da lama da aku beli rabbit tu. Tapi, tak boleh la pulek..Hmm...so, kena tunggu abes study la nampaknye..masa tu baru boleh memberikan kaseh sayang secukupnya kepada mereka (ohh, loving tak aku..hihi;p)


Ni pic rabbit yang aku snap secara curik2 kat kedai uncle tuh..hihi :


feeding time! suka tengok dorang mengunyah, sopan je.
Ngap3~! (okey, tu bunyi rekaan nad..dorang makan senyap tade bunyik)



zoom dekat2..tanpa telinga nampak cam kambing la pulak,hee.



~ nad berazam akan membela rabbit satu hari nati..yeah~!http://www.emocutez.com
nak letak name pe ea kat dorang...hmmm~ *think2*





17 November 2010

Raya Aidiladha : Sarawak Version~


Okey, tengah mem belog dengan mata yang kuyu and jari-jari yang menaip dengan kelajuan rendah. Penat.

Lagi nak bagitau, ni kali kedua aku ulang balik type benda sama coz before ni ter-out dari page ni sebelum sempat save..argh!

Neway, today memang fun abes. Berkonvoi raya dengan tiga bijik kereta, seyes teringat balik time konvoi raya wif family..huu. *sayu2* Perjalanan bermula dari sebayor ofkos..pergi rumah first that is rumah Dayah kat Muara Tebas. Pastu pergi rumah Sab kat Semariang kemudian pergi rumah Siti Muslihah kat Kg. Pasir Pandak ---> terus singgah kat pantai Pasir Panjang untuk bermain-main macam kanak-kanak riang yang tade exam. And lastly, singgah kat rumah abang Dayah :)

pakai baju yang sama dengan raya aidilfitri~
kat pantai tengah men angkat-angkat kain and act like takut air.lol ;p
ayu gila gi pantai pakai baju kurung dengan handbag.haha.


tiga 'makcik' yang over excited bila nampak pantai.
eh2, kat kaki Dayah ada awan la! haha;p


rombongan cik kiah.
hope tahun depan boleh buat lagi, ajak lagi ramai, baru bes :)


kitorang bukan nak kissing. kitorang just nak compare
muncung sape lagi panjang..;p



view pantai pasir panjang.
seyes chantek! lagi cantik dari port dickson kot..wawawa.



another pose gedix from us..memang kaki bergamba.
takleh nak watpe la.



last port, kat rumah abang Dayah.
memang dapat layanan first class kat sini..hee :)



Tapi, di sebalik kegembiraan beraye tu...ada la benda yang sangat horror terjadi masa aku syok drive tadi. AKU HAMPIR SEBABKAN PAKCIK MOTO AND BINI DIA ACCIDENT. Waaarrgh~! kenapa la aku tak pandang tepi tadi! main sedap je belok and pintas motor dia macam jalan tu aku yang punya. And...and.....and.... aku kena marah teruk dengan pakcik tu..uwaa~!http://www.emocutez.com memang pengalaman betol la!




p/s: harap-harap malam ni aku tak mimpi pakcik yang marah aku tuh.
oh, pakcik..wajahmu yang bengis maseh terlekat di fikiran ku.