30 November 2010

chenta dalam hati..


Entri ni bukan pasal lagu band Ungu 'cinta dalam hati' tu tau..so, aku change la word cinta to chenta..hee. Yup, memang hati ni tengah bercintan cintun sorang2..in other word, aku syok sendiri (-_-". Kalau aku tak syok sendiri, mesti dah dapat dah..tapi pihak yang di sana tak ingin kat aku, nak wat camne an, pihak di sana mementingkan wang ringgit semata2...aku da ada duet ribu2 baru nak kat aku..wuuu~

Okey, enuf merepek nad~ Actually skang tengah dalam mood jeles tengok member2 aku punya gamba yang sangat lah cantik bagi aku. Itu semua hasil dari kamera or dslr dia. Aku pun tak tau sejak bila aku minat ngan fotography ni. Tapi aku memang suka tengok pic2 yang orang amik pakai dslr..semart je nampak and ada meaning tersendiri. So, aku memang ada pasang niat la nak memiliki dslr sebijik..*malu2..(tengah sengkek ada hati nak beli)* . Kalau aku merayau kat belog2 orang kan..ramai gak kecoh nak benda ni. Tapi naseb dorang cam aku jela lebey kurang, setakat berangan-angan..hehe. Tapi ramai gak yang ada..untung dorang.. :) (ada bau org jeles la kat cni..hm).

Tapi, honestly la kan, aku bukan tau apa2 sangat pon pasal dslr ni.. Nak je lebih, tapi knowledge pasal benda2 ni harrramm! haha. Kadang2 ada gak ushar pasal dslr and kamera2 best kat tnet..tapi macam la aku paham sangat lak an..so, just tengok function dia sikit2 and harga dia. Harga dia for sure la boleh buat aku pikir ber jam2 untuk beli. So, tunggu aku dapat boypren kayo dulu lah..miahaha;p

"incik dslr...saya admire kamu lah http://www.emocutez.com"

" A picture is worth a thousand words "

Sangat setuju dengan statement tu. Bagi aku, tu la special nya fotografi ni. Lagi2 orang yang pandai capture gamba. Dari benda yang memang tak interesting langsung kat mata kasar, jadi sangat interesting bila da edit2 sket through skill photographer tu. Contoh macam gamba bawah ni.

taken from flickr nuurnoar, skoolmate aku.

benda dia simple je kan? sepit baju kat ampaian.
tapi pic ni sangat capture mata aku..cantik n kreatif!




~ skang just guna photoscape jelah yek..free of charge^^



29 November 2010

dalil cinta

Itu tajuk drama melayu yang baru lepas aku layan tadi wif abang n akak ipar aku.. For the first time, aku rasa drama ni memang berada di dunia realiti n memang banyak berlaku kat anak-anak daro kek luo sano ha..*terkeluar bahasa nogori* haha. Yela, kadang2 drama melayu suka citer benda2 yang aku tak rasa cam happen je, kadang2 tak logik pon ada gak..heh2..

Okey, nak citer sket pasal drama ni...just overall je la. Tentang satu couple muda yang baru kawen. Wife dia bagi aku memang dasat la tahap ke-terrible-an dia..tak reti masak, pemalas, tak tahu kemas rumah, pemalas, bangun tengah hari buta and juga pemalas. Dia punya hubby plak a.k.a Fahrin Ahmad yang Handsome (err, perlu ke mention? perlu2..) sangatlah sabar layan perangai wife die ni..tabik spring kat laki camni kalau wujud kat dunia nyata.

So, malas nak citer pasal drama ni banyak2..just nak list down few input dari drama ni yang aku rasa penting untuk gurls before dorang kahwin..*gatal ey nad..heyp3!! (-_-"* :

  • kena pandai masak! atlis masak telur goreng? janji masak kan? ;
  • kena pandai kemas rumah! nanti kena spot check ngan sape2 malu je..
  • jangan bangun tengahari buta! *peringatan utk diri sendiri..wawa;p
  • kalau tak tahu, jangan jadi bodoh sombong!
  • jangan marah hubby! *terasa sungguh dewasa ckp benda ni..hohoho;
  • jangan kuat jeles sangat! *mcm sape ntah*


~ time to sleep!
*ade org gne mle gne kekerasan utk soh tdo.huh




26 November 2010

kuching-> seremban-> klang..

broom3~!! *bunyik aeroplane ke tuh? (-_-"
saja pilih yang wane merah coz aku kan naek air asia..ade kaitan kan? kan? kan?

After lapan assignmentss, OSCE dan final exam tiga minggu..finally hari yang ditunggu oleh semua budak kelas aku tiba! yeehaa!

Tapi actually aku dah ketinggalan sikit dah pun..ramai dah balek dulu dari aku..cess~

Okey, balik kali ni kurang ke-excited-an dia compare dengan balik-balik yang sebelum ni.. Coz kali ni aku balik tak dapat nak melantak makanan yang mak aku masak..selalunya kalau sampai rumah je, lepas salam2 sume ngan mak ayah, terus tuju meja makan..heh2.kantoi kuat makan.

Neway, akan tetap enjoy jugak walaupun kali ni stay ngan abang kejap. Kat umah abang aku, aku ada sorang 'biggest fan'. Semua aku buat, aku pakai or apa2 jelah..dia sangatlah interested.Pelik aku.aha.

Ni borak2 kitorang kat fb message:

Isha : maksu balik kampung nenek bulan berapa?????????

aku :maksu balik bulan 11..nati maksu tinggal kat umah akak kot.
isha: yahooooooooooooooooooo.................................................
besnya maksu ada dekat rumah kakak :)
aku: jangan buli maksu..nati maksu lari ;p
isha: kakak takkan buli maksu punya ........maksu betul ke maksu balik bulan 11 ??? :)
aku: yeee...:)
isha: mksu balik bulan 11 hari bulan berapa??? :)
aku: nati maksu konfem kan balik..
isha: mksu ,nenek kata mksu blik bulan 10 ???????????????? mana satu yg betul???
aku : maksu balik bulan 11..aritu silap cakap.
isha: ooo silap ckp rupanya....kkkk mcm tk sabar je...mksu ada dekt rumah kkkk
aku : (-_-"


That is my biggest fan..niece aku paling sulung, budak yang excited nak naek darjah 4 tahun depan. Walaupun dia suka perasan dialah paling top dalam segala hal, suka nyebok nak makan apa aku makan and jeles kat aku sebab lagi putih dari dia.. nad stil shayang sama dia..isk2.http://www.emocutez.com

~ epi olidae! yang tak balek tu..study3!!! *aha..keji ;p*




20 November 2010

Eee..nak picit kau sampai kempis!


kiut kan? kiut kan? ^^ (siapa cakap tak kiut, piat telinga kasi panjang cam rabbit!!)



Angora rabbit, jumpa masa tengah google.
ki..ki..kiut la jugak..tapi boleh salah pandang, nanti ingat benda ni ialah
selonggok kapas atau bantal atau pun kusyen.tak best la;p


Rabbit, rabbit, rabbit..kenapa lah kau kiut sangat? geramnya aku tengok kau tadi..macam-macam rasa ada. Rasa nak picit-picit kau, rasa nak tarik-tarik bulu kau yang gebu tu, rasa nak tarik-tarik telinga kau... (erk, sound scary la plak, cam pesakit mental melepaskan geram kat haiwan..ish2, tak baek nad!).

Memang kalau pergi Pasar Satok tu kan, tempat paling aku suka singgah selepas stall makanan is tempat jual pets tu and paling geram tengok mestilah rabbit2 dia.. paling suka tengok rabbit yang aktif2 tu, yang pemalas asek dok tido je tak suka sangat..pemalas! tapi pemalas-pemalas pun tetap menjadi pojaan hati aku..aaargh comelnye mereke!!http://www.emocutez.com

Kalaulah kat hostel ni boleh bela binatang, da lama da aku beli rabbit tu. Tapi, tak boleh la pulek..Hmm...so, kena tunggu abes study la nampaknye..masa tu baru boleh memberikan kaseh sayang secukupnya kepada mereka (ohh, loving tak aku..hihi;p)


Ni pic rabbit yang aku snap secara curik2 kat kedai uncle tuh..hihi :


feeding time! suka tengok dorang mengunyah, sopan je.
Ngap3~! (okey, tu bunyi rekaan nad..dorang makan senyap tade bunyik)



zoom dekat2..tanpa telinga nampak cam kambing la pulak,hee.



~ nad berazam akan membela rabbit satu hari nati..yeah~!http://www.emocutez.com
nak letak name pe ea kat dorang...hmmm~ *think2*





17 November 2010

Raya Aidiladha : Sarawak Version~


Okey, tengah mem belog dengan mata yang kuyu and jari-jari yang menaip dengan kelajuan rendah. Penat.

Lagi nak bagitau, ni kali kedua aku ulang balik type benda sama coz before ni ter-out dari page ni sebelum sempat save..argh!

Neway, today memang fun abes. Berkonvoi raya dengan tiga bijik kereta, seyes teringat balik time konvoi raya wif family..huu. *sayu2* Perjalanan bermula dari sebayor ofkos..pergi rumah first that is rumah Dayah kat Muara Tebas. Pastu pergi rumah Sab kat Semariang kemudian pergi rumah Siti Muslihah kat Kg. Pasir Pandak ---> terus singgah kat pantai Pasir Panjang untuk bermain-main macam kanak-kanak riang yang tade exam. And lastly, singgah kat rumah abang Dayah :)

pakai baju yang sama dengan raya aidilfitri~
kat pantai tengah men angkat-angkat kain and act like takut air.lol ;p
ayu gila gi pantai pakai baju kurung dengan handbag.haha.


tiga 'makcik' yang over excited bila nampak pantai.
eh2, kat kaki Dayah ada awan la! haha;p


rombongan cik kiah.
hope tahun depan boleh buat lagi, ajak lagi ramai, baru bes :)


kitorang bukan nak kissing. kitorang just nak compare
muncung sape lagi panjang..;p



view pantai pasir panjang.
seyes chantek! lagi cantik dari port dickson kot..wawawa.



another pose gedix from us..memang kaki bergamba.
takleh nak watpe la.



last port, kat rumah abang Dayah.
memang dapat layanan first class kat sini..hee :)



Tapi, di sebalik kegembiraan beraye tu...ada la benda yang sangat horror terjadi masa aku syok drive tadi. AKU HAMPIR SEBABKAN PAKCIK MOTO AND BINI DIA ACCIDENT. Waaarrgh~! kenapa la aku tak pandang tepi tadi! main sedap je belok and pintas motor dia macam jalan tu aku yang punya. And...and.....and.... aku kena marah teruk dengan pakcik tu..uwaa~!http://www.emocutez.com memang pengalaman betol la!




p/s: harap-harap malam ni aku tak mimpi pakcik yang marah aku tuh.
oh, pakcik..wajahmu yang bengis maseh terlekat di fikiran ku.








16 November 2010

eh, esok raya?? :O

got this cute pic from kakak belog gadis kampung . hehe.

neway thanks for this pic ya :) macam orang lain nak jugak wish selamat hari raya aidiladha.

wah..kenapa aku begitu rajin meng-update comot+kicik skang nih? semalam da update, arini update lagi..esok...hmm..rasa akan update lagi..buang tebiat~ http://www.emocutez.com

Satu reason paling valid..is aku tengah dalam mood pelik. Aku pelik nape aku ada kat depan lappy and bukan kat rumah tengah tolong mak aku kacau rendang. aha.
Agak pelik bila dengar takbir raya tapi aku ada kat hostel tengah fesbuk2..pelik, pelik, pelik.

Hmm..memang ni kot sindrom orang yang tak balik raya with family for the first time. So nad, stop kecoh-kecoh.


~ aaa..arini ari malas sedunia ke ek? exam nad exam!!
sungguh takde nafsu aku nak pandang note.



14 November 2010

miss you.

Hari ni, genap 4 tahun since Angah tinggalkan kami semua..

Semoga roh Angah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan dicucuri rahmat..

I love you Angah,

Adik miss Angah sangat2..besnya kalau dapat ziarah kubur angah hari ni, tapi stil ada kat sarawak lagi..hmm :'(




12 November 2010

exam


nota MSN yang tebal-tebal tu menjerit2 panggil aku soh tengok dorang. Masa ni la kan baru nak bagi kaseh sayang kat mereka..dulu pandang pon tak nak kan nadhttp://www.emocutez.com hihihi.

so,

jom baca notessssss sampai pecah pale otak macam orang kat bawah ni..


bila da bosan baca notessss, hendaklah pergi merayau2 kat internet untuk mereleasekan ketensenan...kalau aku, kalau tak tengok shinchan...tak fesbuk (yg da agak boring)..aku akan bukak youtube tengok...

  • tengok cara orang pakai selendang....
bes tengok dorang lilit2 kat pale dorang..n aku pasan most of them
yang ajar ni besenye ber-spekang abes abesan..cakap nak
slang omputih aje..hoho;p


  • tengok cara orang make up...hihihi..

memang respek cara dorang mekap..kreatip tol..barang2 mekap dorang agak
expensive n not really affordable for student cam aku..tunggulah mase da keje t.heh3.





*okie nad, enough blogging,
sile sambung stadi...http://www.emocutez.com




10 November 2010

SurgaMu


Segala yang ada dalam hidupku
Ku sedari semua milikMu
Ku hanya hambaMu yang berlumur dosa

Tunjukkan aku jalan lurus Mu
Untuk menggapai SurgaMu
Terangiku dalam setiap langkah hidupku

Kerana…
Kutahu…
Hanya Engkau…
Tuhanku…

Allahu Akbar
Allah Maha Besar
Ku memujaMu di setiap waktu

Hanyalah padaMu
Tempatku berteduh
Memohon redha dan ampunanMu
Tunjukkan aku jalan lurusMu
Untuk menggapai SurgaMu
Terangiku dalam setiap langkah hidupku

Kerana…
Kutahu…
Hanya Engkau…
Tuhanku…


Hanyalah kepadaMu
Tempatku berteduh
Memohon redha dan ampunanMu

-ungu-

06 November 2010

uhuk-uhuk..

not feeling very well~ batuk, batuk n batuk..
sometime rasa sangat susah nak bernafas..its happen many times
tersedar yang nafas ni hanya pinjaman. dapat bernafas pun sangat bernasib baik kan?
Betapa berharganya nilai sesedut nafas (??) ..pelik je ayat ni kan.hee.
Banyak lagi benda..ups, bukan banyak tapi SEMUA..ialah benda,perkara yang kita pinjam dari Dia, Just kita sendiri yang tak berapa sedar.
Dan fikir semua tu kita yang punya, bila Allah tarik balik benda, perkara yang kita rasa konfem 100% kita punya tu, waktu tu la kita berada dalam keadaan tak stabil, emotional, tak tentu arah, and sedey yang tak berpenghujung..sebab kita lupa pasal apa yang kita ada skarang hanyalah pinjaman. Hmmm...
Kenapa kita begitu senang nak give up dalam hidup? Allah bagi kita peluang utk hidup bukan sebab untuk kita fikirkan cara untuk menghentikannya. Mesti ada sebab kita hidup sampai sekarang kan? Mungkin selepas apa yang Dia rancangkan untuk kita dalam hidup ni dah terjadi, baru lah dia menghentikannya. Dan Allah juga yang menghentikan denyut nadi kita, nafas kita. Kita? Jalani hidup macam biasa dan berusaha sediakan bekalan utk hari yang kekal nanti. Fikirkan pasal mati and at the same time berusaha kumpulkan amal. Just, don't simply ask for it when your deeds maybe not enough yet and you do nothing for it. Nampak seperti kita melarikan diri dari masalah.kn? Hmm.
urgh, tak best nya batok2..terpaksa tarik nafas dalam2..haih.



err...nampaknya aku da mbuat karangan di petang hari.dush3! tade keje!