25 December 2010

~Diari~

Aku girl yang ada diari.


Aku mula gunakan buku yang aku namakan sebagai 'diari' ni since aku darjah 6.. Hm, rasanya lagi awal dari tu kot. Tapi versi yang awal2 tu not so call as diari sangatlah sebab dalam buku tu hanya ada benda2 merepek pasal mimpi2 yang aku ingat..(yeah, aku memang sorang budak perempuan yang pelik suka ingat mimpi and tulis balik dalam buku latihan -_-" ) dan lukisan2 sailormoon yang aku fanatik gila waktu tu (sanggup fokus berjam2 semata-mata nak lukis).

Diari aku mungkin tak macam budak2 perempuan lain yang berwarna pink, ada tulisan "princess's diary" or "my diary", be-renda2, be-ribbon2,kadang2 siap ada mangga kecik and kunci lagi tu..oh, sangat secure.. Diari aku?? Simple je.---> buku nota sekolah yang dah tak pakai atau buku nota yang berharga rm1.50.

Bila dah besar sikit, baru aku tulis benda2 yang logik dek akal, senang citer, aku tulis perkara2 yang real (bukan pasal mimpi or sailormoon da). Masa sekolah dulu, boleh kata hari2 aku update ngan cerita2 pasal life aku. Bila ingat balik, memang rajin betul aku nak menulis2 dalam diari ni,lagi rajin dari update entri kat belog.hee. Pasal tulisan2 aku dalam diari..bila aku review2 balik..most of its pasal feeling aku. My happiness and sadness. Tapi...sadness paling banyak....*touchy sungguh la dahulu kala*kikikiki.

Sejak aku masuk matriks then jadi university student ni, buku diari aku tu makin berhabuk. Dah lama sangat tak tulis2 dalam tu. Balik rumah ni pun, diari tu takde sebab da kena tinggal kat Sarawak. Hmm. Ikut2 kan kalau aku tulis semua perkara pasal matriks n universiti life aku dalam diari, memang dah berbuku2 kot terhasil..,ecece.

Ok. Sebenarnya sekarang terasa sangat memerlukan diari. Nak tulis2. Nak buat karangan 1000 perkataan dalam tu. Nak cerita macam2. Benda yang aku rasa orang takkan faham, diari tu takde mulut or apa2, dia terima semua cerita aku tanpa perlu di-edit and dia takkan pokpek2 kat orang lain. Nak diari.





~susa sangat tulis dalam kertas,
balik sarawak nanti tampal.






2 comments:

  1. kreatif xpa laaa..kalu ceq,haremm renyuk abeh.hahak

    ReplyDelete
  2. hehe..men tulis je. bkn org len tau pon;p

    ReplyDelete