31 December 2011

flashback

new year. new story maybe?

bila semua orang sibuk nak buat azam tahun baru. aku lebih suka buat flashback. yupp. rewind balik segala hal yang berlaku sepanjang 2011. pastu, fikir..fikir..fikir.. *ntah apa aku pikir ntah* 

Overall,  tahun 2011 boleh dikatakan tahun jatuh bangun aku. Orang lain mungkin tak nampak tapi hanya Allah n aku jelah yang tau kan. 2011 ni.... 
  • Tahun dimana aku dah buat keputusan yang aku rasa susah. Ye, susah dan menyedihkan. Isk, Isk..Well, i'm bad in making decision. 
  • Tahun airmata? hihi (awal2 tahun jek). *mungkin juga tahun taik mata sebab sleep deprivation yang tinggi, tidur itu nikmat! ;p*
  • Tahun dimana aku sangat berusaha untuk menggembirakan diri aku..dengan adanya kawan2 yang ceria dan kelakar, segalanya mudahh! *macam iklan*
  • Tahun aku rasa aku jadi macam superwoman. Bukan sebab mempunyai kebolehan untuk terbang atau menjelmakan makanan bila lapar tapi sebab.. sebab..dapat mengawal diri dari perkara yang aku dah mind set dalam kepala taknak buat dan kawal diri dari terlalu ingat perkara yang berkaitan dengan point nombor satu (sila rujuk di atas..heh!)
  • Tahun dimana aku telah belajar untuk drive seorang diri. Seorang diri okey. sampai tersesat2 (-_-'. Disebabkan aku ni penakut jugak drive, so benda ni boleh dikatakan impressive la bagi aku.kui3.
  • Tahun aku first time bekerja. Buat part time je tapi bes :)
  • dan...macam2 lagi~


Semoga tahun 2012 memberikan aku lebih banyak cerita indah daripada duka. Dan..semoga aku jadi lebih dekat dengan Dia. I'll try my best :)





20 December 2011

misery

i can be the sweetest person you've seen.



and..


i can be the person that you cannot stand with even in a minute... *grrr..muka garang*

and everytime that type of  'conflict' occur in myself..i wish i can be like the wind. invisible. easy come and go. 
tak nyusah kan orang. doesn't break anyone heart pun T_T

yep, dah buat orang confuse. buat orang guilty secara tak sengaja. minta maafff.. 

even terasa nak explain macam macam pun, i just can't. but everything happen for a reason kan. i think i've my own reason..i think la~ ~ *boleh pulak i think, i think..-_-"*

is it something relate with hormonal things or something else..hmm,i'm not sure. aihh..sooo 'lucky' la future hubby aku nak melayan perangai aku nanti kan T_T


-  dan aku pilih untuk diam. jalan selamat mungkin.



05 December 2011

meet the real comot

this conversation was actually in 'Bahasa Melayu Sarawak'..but i'd translated it *yes, i am sarawak language spoiler but i can speak it quite well too ;p


"makcik, anak makcik ni lima tahun eh?" 

"ya.." 

*tgk case note..oo..nama dia Hajiera..*

"Hai Hajiera~..(sambil buat muka extra manis, beselah nak attract kid attention). Makcik, nak panggil dia apa? Hajiera ke? Jiera?" 

"Hajiera pun boleh..tapi kalau kat umah saudara2 dia panggil dia COMOT."

"eh, comot? comel je dia ni..hehe..hai comot~~ (sambil tersipu2)"

*terus teringat belog comot kicik ni :O hihi. 

tak tau samada kebetulan atau apa. pesakit kicik ni mempunyai satu persamaan dengan aku. which rareeely find orang yang sama dengan aku dari segi tu *this is secret ;p* and she got the same nick name too. COMOT. tapi comot aku is applicable in blog only.teehee. and dia memang dipanggil camtu. kiut ehh ^^







28 November 2011

a step closer to nature

pantang ada kereta je, lesap. (-_-"

Mungkin ada hikmah proposal ikin kat mak dia untuk ada kereta kat Sarawak ni tak diluluskan dari dulu. Memaaaangggg boleh naek hantu kalau ada kereta. Ada je plan nak keluar budak empat orang nih.

Oh, harini terasa terlalu banyak 'berfoya2'. hihi. Dari lawatan ke ICT fair ke Matang Family Park untuk bermandi manda sampai la ke Pizza Hut untuk celebrate birthday girl, Ekin :) memang tak reti2 dok diam.





manusia yang kunun nye nak main2 celup2 kaki pada awalnye disebabkan cuaca yang tak begitu baik..tapi berakhir dengan basah satu badan.aha. Moral of the story, takde maknenye lah nak jadi gadis ayu main celup2 kaki bila jumpa air terjun ni haa.itu semua dusta ;p




sejuk giler yaww!! terketaq2 rahang den..budak belakang tu selamba je tengok, tak sejuk pun. mesti sebab banyak heat storage a.k.a fat tissue dalam badan dia ;p *jgn mara darl! ahaks*


dengan mereka, senyum itu akan sentiasa terukir di wajah:)
friend forever, insyaAllah.

aktiviti terakhir, celebrating the birthday girl. my dear rumet, Norasikin Binti Tukimin :) whoaa..makan je keje arini. makin menggembol la pipi kau nad.


Happy 21th birthday Ekin :)

enough. esok kena grounded by monster. except for makan2 ;p





new thing i tried today : sitting in the shopping mall trolley and participate in 'trolley race'.*muke bangga ;p*







25 November 2011

thanks Allah for giving me this experience :')

one week in oncology ward (ward for cancer patient)

..and i see you in every patient.

do you get the same medications as they are? do you feel nauseated too (due to the side effect of the chemo)? how about the pain? can you stand with it? is it bad?

there was one patient passed away today. and i was there. from the moment the patient still got her pulse until the pulse is completely undetectable. the family member were crying, moaning. not only the deceased's family. but also the patient that stayed just beside the bed. maybe she frightened, or maybe she expect the same thing too to happen on her in the future.maybe..only she know. i cant describe what i felt during that time. yes, i feel sorry and sad but luckily i still have courage to control myself from being too emotional.fuhh~

do you feel the same way too?

if only i have the opportunity to take care of you..help to clean you..feed you with your favourite foods..and support you..

May Allah bless you, always ;')



"Thinking of the dayWhen you went awayWhat a life to takeWhat a bond to breakI'll be missing you"



Al-fatihah.



11 November 2011

study week

this study week is special.

Besides these two 'armies'..







i also being accompanied by 'them' too..








16 October 2011

keiko : my kesayangan :)

Keiko is a japanese name meaning - "adored one".


Yeah, akhirnya tercapai jugak aim nak membela ikan. And since now, it will be my kesayangan. Ikin pun da risau tengok habit baru aku sejak Keiko ada. Bercakap sorang2 depan akuarium, bila duduk kat meja study...every 15 minit camtu,sikit2 toleh kat akuarium..hihi.Sori Ikin..lama2 nati biasalah tuu ;p


Beli dengan harga tiga ringgit. Terasa murah. Then, terus rambang mata nak pilih warna apa. Carik2 jugak warna pink tapi malangnya tiada.hish. Ikan warna pink? Mutant one, maybe..
Finally ada seekor ikan warna biru macam attract aku and seolah2 memanggil2 aku.. "saya! saya! pilih saya!" Terus letak balik ikan warna merah and pilih the blue one..


Here he goes..Keiko ^^
Camne tau dia boy? Ada kawan cakap..kalau dia punya fin kat bawah tu panjang dia ialah boy.
Even aku tak tahu dia punya jantina pun, aku still anggap dia boy.*sukati jek*;p


Tak dapat ikan warna pink. Jadi akuarium wajib warna tersebut. Tebus2.



to Keiko, semoga dapat hidup selame yang mungkin.hihi.
esok dah start praktikal kat hospital..wish me luck..fuuhh~!














01 October 2011

rasa nak membela

..bukan membela hantu atau jin..bukan2~


rasa nak membela sesuatu yang hidup, senang nak jaga, tak banyak cekadak, tak merayau2, tak mengeluarkan sisa buangan yang busuk lagi menghangitkan, makan makanan yang affordable untuk aku beli, yang comel dan sedap mata memandang, yang boleh aku tengok sambil tersenyum2 seorang diri (heh!), yang mempunyai jangka hayat yang panjang jika diizinkan Allah, taknak yang cepat mati, nanti aku sedih ;p


memang sangat tak sabar untuk mempunyai kamu wahai...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


ikan yang comel!

tak kesah la ikan ape, janji memenuhi criteria di atas..hehe.

tak tau nape pilih ikan as favourite pet, nak kata suka makan ikan tak la jugak~ (-_-" ni mesti sebab ter-expose dengan minat abang2 aku thadap hewan ni dari aku kecik lagi.

tiba2 bersemangat waja nak membela ikan. apehal ntah. adakah ni bukti yang aku memang tengah lonely sampai nak ada ikan jadi penghibur time suka dan duka? kui3~! merepek.full stop.

oh, mungkin kaseh sayang dah terlebih2 kat diri aku skang ni.so, meh aku curahkan kaseh sayang extra aku ni kat bakal ikan comel itu ;p





wah, tak sabar nak pergi beli!







05 September 2011

terus melangkah melupakanmu
lelah hati perhatikan sikapmu
jalan pikiranmu buatku ragu
tak mungkin ini tetap bertahan

perlahan mimpi terasa mengganggu
ku cuba untuk terus menjauh
perlahan hatiku terbelenggu
ku cuba untuk lanjutkan hidup


engkau bukanlah segalaku
bukan tempat tuk hentikan langkahku
usai sudah semua berlalu
biar hujan menghapus jejakmu

terus melangkah melupakanmu
lelah hati perhatikan sikapmu
jalan pikiranmu buatku ragu
tak mungkin ini tetap bertahan

perlahan mimpi terasa mengganggu
ku cuba untuk terus menjauh
perlahan hatiku terbelenggu
ku cuba untuk lanjutkan hidup..


selamat hari raya! ^^v







26 August 2011

tadi borak dengan abg zack zukhairi. *sambil buat muka cool~*

cool la sangatttttttt..itu semua bajeeettttt~!

panggil 'abang' tanda hormat..dia kan lagi tuee, bukan 'abang' tanda gatal miang.bukannn2;p

borak dalam fesbuk, bukan borak depan2.itu dalam mimpi mungkin..alah, biasalah..macam peribahasa tu cakap..bertelur sebijik riuh sekampung..kui3.

orang lain excited jumpa retissss..celebritiessss..aku pulak excited kemain terserempak dengan blogger..(-_-').Well, he's one of my favourite bloggers :) *tiba2 teringat muka member2 yang buat muka pelik tengok aku excited sorang2 macam aku ni weirdo giler..sobs..sobs...T_T*

lepas ni berangan nak terserempak dengan fatin liyana..heh. *mentang2 dok seremban terus aim blogger dari seremban*



the result.
agak tak boleh blah sanggup mem-printscreen kan benda ni.nak add dia memang tak dapat kot..fb friend dia 5k.so, camtu la.hee.






*apa tarikh hari ni ek? ;p *






25 August 2011

bila mata buntang

harini rasa macam jadi surirumah terberjaya di dunia..*hiperbola*

oh, harini jugak terasa macam manusia terbusuk didunia sehingga ada lalat berani nak hinggap kat aku.itu penghinaan yang teramat besar okeh.tahulah aku mandi pagi pukul 4,huh..*sedih*

Alhamdulillah, kerja mengecat dapur sudah setel~! penat tangan mengecat dan penat telinga dengar mak membebel tengok dapur dia punah ranah..hihihi.

perangai aku pulak, bila badan dah penat giler2 waktu siang..malam kemain lagi susah nak tido..eeeesshh.

so, ter-update la belog dan ter-tukar la header blog..

pasal header tu, sebenarnya dah bosan tengok muka besa gedabak aku tu tiap kali bukak blog.aha. *kalau tuan dia pun da bosan apatahhh lagi orang lain an T_T*

atleast bila tengok muka chibi yang kiut-miut tu takdelah rasa nak lempang seribu kali.hee. I love chibi maruko chan *lepas shinchan n spongebob;p


stop merepek-ing.kul satu kena tdo,nati monster tangkap.aum.







05 August 2011

harini ialah hari cuti yang tak cuti.

aaaaaaaaarrrrrrggggggghhhhhhhh. *jerit kuat2.tapi dalam hati jelah..isk..isk..T_T*

thanks kepada otak aku yang kadang2 short term memory ni..yang create all this problem.
perasaan di-blame orang itu ialah sangat2 tak best. rasa macam nak hantuk pale kat bantal banyak kali. huhu. terus mematikan selera nak makan..tapi tengah puasa memang baguslah kau rasa camtu nad. Ya Allah, permudahkanlah. huhu. tak pasal2 melayang duit aku...aigoo........

rasa nak stop je. tapi itu tidak macho. face the problem okey. be responsible. haihh~ cobaann~

30 July 2011

bebelan malam.


kadang2 kebahagiaan itu ada didepan mata.
hanya kita yang tidak menyedarinya.

apa yang dipilih. itulah yang dirasa.
tuhan kurniakan akal.
fikir.

membuat keputusan itu sukar.
tapi itu yang merubah sesuatu.

kegembiraan sentiasa ada.
terpulang samaada mahu mencapainya atau tidak.

senyuman semakin terlekat di wajah.
tapi tak tahu samada ia asli ataupun palsu.
kerana di dalam hati.
kesedihan itu masih ada.



*jangan sedih selalu, tak baik untuk jantung :)
gudnite.





13 July 2011

mesin basuh itu penting tahu? ;p

Dulu aku pernah berangan untuk keje part time dalam entri ni -

Alhamdulillah menjadi. Tak sangka pilihan kedua pulak yang terpilih.. *padahal buat muka tak malu mintak keje kat uncle tuh*

So far, baru tiga hari bekerja..eh,tetiba terasa aku sudah dewasa bila mention word 'bekerja' tuh..bhahaha.Bajet keje gaji ribu2 plak an (-_-". Kerja as 'Laundry girl' *tak sebut dobi, tak glamer bak kata uncle mike ;p* ni not bad la. Tugas aku just tag2 baju so that tak bercampur (keje paling aku suka.heh), masukkan baju dalam mesin basuh gedabak pastu keluarkan balik n lipat baju n packing kain2 yang da siap macam kau packing hadiah tu.Kalau tengok uncle tu packing memang superb! ^^v


menara condong, tak brapa kemas;p
baju aku lipat masa ari 1st.teknik baru yang aku baru tau.boleh lah praktis kat baju sendiri pasni.hee.

Bila aku tag2 baju orang hantar tu kan. Monolog dalaman versi jahat aku mula keluar..kui3. Lagi2 bila dapat baju set family combo (ala2 kfc) yang ada baju dari bapaknye, maknye beserta anak2nye...terus pikir camnih:

"Kat umah dorang ni tade mesin basuh ke sampai kena anta dobi.."

"Haa..mesti laki ni malas nak sental daki kat suar jeans dia ni..."

"Untungnya wife diee, tak payah susa2 nak jemur baju bagai, husband terus hantar dobi jek"

"Mak oi,..dah bape lama die peram baju dia ni..bau die.. boleh pengsan aku.."

"Mesti orang ni kaya rayee, baju semua branded hatta seluar kicik pun mahu yang berjenama.."

Uncle cerita kat aku yang customer dia datang bukan hanya suka kat kualiti servis dorang, tapi sebab reason2 yang pelik macam..

-suka cara packing baju tu
-suka bau wangi baju dorang *guna softlan okey, uncle tak main yang cap ayam punya;p*
-suka bau kedai (-_-"
-suka cara baju dorang kena iron.

suka bau kedai tu memang pelik.ada ek manusia cenggitu? hee.



baju orang istana a.k.a kerabat.
setakat prepare dah berangan jadi puteri impian.sile lempang muka sendiri untuk kembali ke alam nyata.





07 July 2011

hasil karya budak seploh tahun ;p

Semalam aku ikut mak ayah aku pergi ke dusun buah ktorang kat kampung. Sekarang musim durian (kalau kat tempat aku la). Dalam family aku, bila musim durian semua orang macam tak dok diam sebab keterujaan. Akak and abang aku yang stay kat selangor pun mula lah calling2 tanya pasal durian.. So, aku n parents pun pegi dusun untuk ushar2 durian.


Kat kebun ayah. Seyes aku takut nak lalu bawah pokok durian nih. Kang tak pasal2 kepala berlubang kena hentam ngan durian.hihi.

Masa mak ayah tengah syok2 cari durian. Aku buat keje laen..aku geledah barang2 yang mak tinggalkan kat rumah kicik kat dusun ni. Rumah tu ibarat store la kot. Barang lama2 sume simpan situ.


then, aku jumpa buku time aku sekolah rendah! ^^


selak2...pastu gelak sorang2 bila tengok lukisan and hasil 'kerja tangan' aku.

The 10 years old Nadzirah..hehe.

'Biodata Ku'.. Ku okay, bukan Saya. haha! Masa kecik2 dulu jiran aku salu ajak aku tengok hindustan. Pastu bajet jadi peminat fanatik sehingga part 'pelakon kegemaran' pun aku letak muka Salman Khan, Madhuri Dixit n Juhi Chawla. See2..I still can remember their name. Memang hardcore punye fan la!http://www.emocutez.com


Aku yang kat tengah tu. Pahtu nama aku letak 'Puteri Nadzirah'. Alah biasalah, sebagai anak gadis, berangan sebagai puteri itu kewajiban.aha. Tapi aku tak puas hati betol la..kenapa muka kawan aku yang rambut tocang tu lagi putih dari aku. Dia pakai bedak apa ha? apa? *emo tetibe padahal diri sendiri yg lukis* http://www.emocutez.com


Guru Kegemaran Saya. Kalau lukis cekgu kesayangan, lipstik dorang perlu lah letak yang merah makngah ok.hehe.

Sampai skang aku tak tau apa sebab aku lukis tumbuhan bergulung2 untuk lagu 'geylang si paku geylang' ni. aha. Maybe aku ingat dia relate dengan pucuk paku kot. kan dia ada part gulung2 tu. Neway, geylang tu sejenis apa?



Tak sangka ada lagi kaler pensil nih. Masa kecik suka conteng kat barang tulis 'Nadzirah punye!'..kononnya benda tu dapat elakkan dari kena curi la. Pastu akak pun taknak ketinggalan nyebok tulis 'Kakcik Baek'. Motip?? (-_-"


itulah hasil seni aku masa kicik. kreatip tak? ;p



skang aku da besaaaaa..dah boleh mengundi dah ni ;p ;p









24 June 2011

stop worrying and start now

Kuching, Lot 77. Seminggu sejak tinggalkan Bintulu. Seminggu untuk exam Professional T_T


Depan tingkap. Nampak tak bangunan merah tu? Ye, itu hospital. Kadang2 boleh jadi trigger aku untuk tiba2 rajin or semangat sikit bila da malas tahap dewa nak baca notes. Nurse, hospital..nurse, patient..nurse, syringe with needle? . Macam aur dengan tebing. (eh, tiba2 berperibahasa)


earphone kat telinga.

tiba2 minat kat lagu band 'sixpence none the richer'. Berjaya buat aku study sambil goyang2 kepala and humming (nak nyanyi tak tau lyric).



'orang2 kuat'--> spec dan pen kesayangan.

taknak update blog selagi exam belum habis tapi ter-update;p
Mesti kena marah dengan mr.monster nanti. hmmm. sorry!! *cabut lari laju2*






05 June 2011

Miri : Unforgettable Memories

Marina Bay.

"Dua hari, satu malam bersama teman sekelas sudah cukup untuk melakarkan sejuta kenangan manis yang tak mungkin dapat dilupakan sampai bila-bila.. "

*boleh dapat A tak bahasa melayu? ;p*

So, yeah..baru balik dari vacation bersama klasmate tersayang di MIRI. Dari Bintulu to Miri ambil masa agak lama, em..lebih kurang tiga jam kot coz ada stop2. Ktorang semua ada sebelas orang, so terpaksa berhimpit2 sket..naseb baek ktorang kecik molek so everything was fine *okey, prasan..teehee*



barisan depan.


barisan tengah n belakang dalam van.
FINE, muka aku paling gedabak dalam pic nih.


Bertemankan abang Alip selaku driver n pakcik Awang selaku co-pilot..perjalanan to MIRI yang agak lama and menguji otot punggung aku (sebab jalan yang tak rata..macam naek roller coaster weh) memang tak boring langsung! Kalau ada award 'driver paling sporting' lah kan, memang aku bagi kat dorang, yelah..tak tau camne dorang boleh tahan dengan perangai ktorang yang macam2 nih.

Rasanya van ktorang paling havoc kat jalan tu. Semua bila bercakap nak high pitch jek..setiap 10 minit ada je nak gaduh sakat2..kalau ada lalu sebelah van kete mamat hensem bawak sukati maen lambai ramai2..and bagi sokongan beramai2 kat ikin yang tetibe saket perot nak buang..kah3 :D


Tempat jalan2 kami :)
- Gua Niah.
- Marina Bay
- Muzium petroleum
- Shopping Mallsssss.

Mula2 ingat nak amik gamba kat board ni je sbb takut tak sempat.
Dah sedey2 dah sebab tak dapat nak masuk gua niah tu. Alhamdulillah dapat jugak! yippi!^^



On the boat.
Nerbes nak naik sebab sungai sarawak feymes ngan buaya kan..wuu.
Sile ignore muka budak mulut muncung bajet angelina jolie tuh (-_-"


hajar n ona :) teman masa jalan 3km ke gua Niah.
baju masing2 macam nak pegi shopping.


manusia zaman paleolitik versi moden.


kami penat tapi kami happy! :)



tempat last kami pergi selain shopping mall,
muzium petroleum. nice place untuk orang gila gamba mcm ktorang ;p

So far ni trip pertama anjuran ktorang sendiri yang successful..hehe. Trip yang bertemakan 'save budget trip' *tak boleh blah ada tema2* Nextime, berangan nak jejak kaki ke Sabah plak. Hope dapat pergi before grad..doa2 lah kan ek ^^v