30 July 2011

bebelan malam.


kadang2 kebahagiaan itu ada didepan mata.
hanya kita yang tidak menyedarinya.

apa yang dipilih. itulah yang dirasa.
tuhan kurniakan akal.
fikir.

membuat keputusan itu sukar.
tapi itu yang merubah sesuatu.

kegembiraan sentiasa ada.
terpulang samaada mahu mencapainya atau tidak.

senyuman semakin terlekat di wajah.
tapi tak tahu samada ia asli ataupun palsu.
kerana di dalam hati.
kesedihan itu masih ada.



*jangan sedih selalu, tak baik untuk jantung :)
gudnite.





13 July 2011

mesin basuh itu penting tahu? ;p

Dulu aku pernah berangan untuk keje part time dalam entri ni -

Alhamdulillah menjadi. Tak sangka pilihan kedua pulak yang terpilih.. *padahal buat muka tak malu mintak keje kat uncle tuh*

So far, baru tiga hari bekerja..eh,tetiba terasa aku sudah dewasa bila mention word 'bekerja' tuh..bhahaha.Bajet keje gaji ribu2 plak an (-_-". Kerja as 'Laundry girl' *tak sebut dobi, tak glamer bak kata uncle mike ;p* ni not bad la. Tugas aku just tag2 baju so that tak bercampur (keje paling aku suka.heh), masukkan baju dalam mesin basuh gedabak pastu keluarkan balik n lipat baju n packing kain2 yang da siap macam kau packing hadiah tu.Kalau tengok uncle tu packing memang superb! ^^v


menara condong, tak brapa kemas;p
baju aku lipat masa ari 1st.teknik baru yang aku baru tau.boleh lah praktis kat baju sendiri pasni.hee.

Bila aku tag2 baju orang hantar tu kan. Monolog dalaman versi jahat aku mula keluar..kui3. Lagi2 bila dapat baju set family combo (ala2 kfc) yang ada baju dari bapaknye, maknye beserta anak2nye...terus pikir camnih:

"Kat umah dorang ni tade mesin basuh ke sampai kena anta dobi.."

"Haa..mesti laki ni malas nak sental daki kat suar jeans dia ni..."

"Untungnya wife diee, tak payah susa2 nak jemur baju bagai, husband terus hantar dobi jek"

"Mak oi,..dah bape lama die peram baju dia ni..bau die.. boleh pengsan aku.."

"Mesti orang ni kaya rayee, baju semua branded hatta seluar kicik pun mahu yang berjenama.."

Uncle cerita kat aku yang customer dia datang bukan hanya suka kat kualiti servis dorang, tapi sebab reason2 yang pelik macam..

-suka cara packing baju tu
-suka bau wangi baju dorang *guna softlan okey, uncle tak main yang cap ayam punya;p*
-suka bau kedai (-_-"
-suka cara baju dorang kena iron.

suka bau kedai tu memang pelik.ada ek manusia cenggitu? hee.



baju orang istana a.k.a kerabat.
setakat prepare dah berangan jadi puteri impian.sile lempang muka sendiri untuk kembali ke alam nyata.





07 July 2011

hasil karya budak seploh tahun ;p

Semalam aku ikut mak ayah aku pergi ke dusun buah ktorang kat kampung. Sekarang musim durian (kalau kat tempat aku la). Dalam family aku, bila musim durian semua orang macam tak dok diam sebab keterujaan. Akak and abang aku yang stay kat selangor pun mula lah calling2 tanya pasal durian.. So, aku n parents pun pegi dusun untuk ushar2 durian.


Kat kebun ayah. Seyes aku takut nak lalu bawah pokok durian nih. Kang tak pasal2 kepala berlubang kena hentam ngan durian.hihi.

Masa mak ayah tengah syok2 cari durian. Aku buat keje laen..aku geledah barang2 yang mak tinggalkan kat rumah kicik kat dusun ni. Rumah tu ibarat store la kot. Barang lama2 sume simpan situ.


then, aku jumpa buku time aku sekolah rendah! ^^


selak2...pastu gelak sorang2 bila tengok lukisan and hasil 'kerja tangan' aku.

The 10 years old Nadzirah..hehe.

'Biodata Ku'.. Ku okay, bukan Saya. haha! Masa kecik2 dulu jiran aku salu ajak aku tengok hindustan. Pastu bajet jadi peminat fanatik sehingga part 'pelakon kegemaran' pun aku letak muka Salman Khan, Madhuri Dixit n Juhi Chawla. See2..I still can remember their name. Memang hardcore punye fan la!http://www.emocutez.com


Aku yang kat tengah tu. Pahtu nama aku letak 'Puteri Nadzirah'. Alah biasalah, sebagai anak gadis, berangan sebagai puteri itu kewajiban.aha. Tapi aku tak puas hati betol la..kenapa muka kawan aku yang rambut tocang tu lagi putih dari aku. Dia pakai bedak apa ha? apa? *emo tetibe padahal diri sendiri yg lukis* http://www.emocutez.com


Guru Kegemaran Saya. Kalau lukis cekgu kesayangan, lipstik dorang perlu lah letak yang merah makngah ok.hehe.

Sampai skang aku tak tau apa sebab aku lukis tumbuhan bergulung2 untuk lagu 'geylang si paku geylang' ni. aha. Maybe aku ingat dia relate dengan pucuk paku kot. kan dia ada part gulung2 tu. Neway, geylang tu sejenis apa?



Tak sangka ada lagi kaler pensil nih. Masa kecik suka conteng kat barang tulis 'Nadzirah punye!'..kononnya benda tu dapat elakkan dari kena curi la. Pastu akak pun taknak ketinggalan nyebok tulis 'Kakcik Baek'. Motip?? (-_-"


itulah hasil seni aku masa kicik. kreatip tak? ;p



skang aku da besaaaaa..dah boleh mengundi dah ni ;p ;p