31 December 2011

flashback

new year. new story maybe?

bila semua orang sibuk nak buat azam tahun baru. aku lebih suka buat flashback. yupp. rewind balik segala hal yang berlaku sepanjang 2011. pastu, fikir..fikir..fikir.. *ntah apa aku pikir ntah* 

Overall,  tahun 2011 boleh dikatakan tahun jatuh bangun aku. Orang lain mungkin tak nampak tapi hanya Allah n aku jelah yang tau kan. 2011 ni.... 
  • Tahun dimana aku dah buat keputusan yang aku rasa susah. Ye, susah dan menyedihkan. Isk, Isk..Well, i'm bad in making decision. 
  • Tahun airmata? hihi (awal2 tahun jek). *mungkin juga tahun taik mata sebab sleep deprivation yang tinggi, tidur itu nikmat! ;p*
  • Tahun dimana aku sangat berusaha untuk menggembirakan diri aku..dengan adanya kawan2 yang ceria dan kelakar, segalanya mudahh! *macam iklan*
  • Tahun aku rasa aku jadi macam superwoman. Bukan sebab mempunyai kebolehan untuk terbang atau menjelmakan makanan bila lapar tapi sebab.. sebab..dapat mengawal diri dari perkara yang aku dah mind set dalam kepala taknak buat dan kawal diri dari terlalu ingat perkara yang berkaitan dengan point nombor satu (sila rujuk di atas..heh!)
  • Tahun dimana aku telah belajar untuk drive seorang diri. Seorang diri okey. sampai tersesat2 (-_-'. Disebabkan aku ni penakut jugak drive, so benda ni boleh dikatakan impressive la bagi aku.kui3.
  • Tahun aku first time bekerja. Buat part time je tapi bes :)
  • dan...macam2 lagi~


Semoga tahun 2012 memberikan aku lebih banyak cerita indah daripada duka. Dan..semoga aku jadi lebih dekat dengan Dia. I'll try my best :)





No comments:

Post a Comment