29 December 2012

Duit



Assalammualaikum.

Few more days sebelum tahun baru 2013. Well, feeling2 dia biasa2 sahaja. Taklah excited sebab tak tau apa nak di excited kan. Oo ye, tahun depan aku habis study. (eh, benda tu bukan benda yang excited ke? No exam, no assignments) Hmm. Nope. Nervous lagi adalah -_-

I think this year, diuji oleh Allah dengan perkara2 melibatkan duit. Hilang kad bank sekali dengan duit2 dalam bank tu, tercicir duit kat jalan la (aku memang cuai), beli tiket flight yang mahal pastu esoknya bole plak dia murah gilaaaa2., and macam2.

Aku bukan anak Datuk, Tan Sri or taukey balak. Aku anak pakcik tahir, seorang retired soldier yang macho ketika muda. hik3. So, bila ada musibah duit ni melanda. Pedih jugak la rasa.

And how I overcome that serabut feeling? Banyak cara boleh buat. But the most powerful method is.. remember Allah. Semua akan OK. Bila teringat this words, 'Cara Allah nak tunjuk sayang Dia kat hamba Dia adalah melalui ujian, Allah nak tengok hamba dia sabar tak nak hadapi ujian yang Dia bagi tu' Terus rasa disayangi. hee. Hilang orang tersayang dan macam2, tu ujian Allah kan.

"Dia umpama tongkat si buta, 
 Bila tiada, satu kehilangan...
 Dia ibarat simpanan ilmu, 
 Semoga kekal untuk diwariskan.
 Isteri cerdik yang solehah, 
 Penyejuk mata, 
 Penawar Hati, Penajam fikiran"

sambung kerja, nyanyi lagu ni. *hujan*






16 December 2012

Ada Mu :)





Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu


nice song. lagu yang tenangkan jiwa aku. yang ingatkan aku yang Allah sentiasa bersama aku. 




Saat aku hampir terjatuh. Dia sedarkan. Sebab bila aku sudah terjatuh, aku akan terus terbuai dengan rasa dan perasaan. Dalam hati tu, masih ada dia. Dan sebab tu, hati ni akan terus tertutup, tertutup dan tertutup. 
Menjadi pengganti untuk dia. Aku tak mampu. Redha. Allah tahu yang terbaik. *sigh*

24 November 2012

Tiny thought #8




have you ever wonder how its feel when..


kamu bina satu rumah.
berpanas, berhujan,
penat lelah, tekanan mengejar masa..
tapi tak apa sebab nak tengok rumah tu siap dengan sebaik mungkin
korbankan masa untuk siapkan dia.
dan tiba-tiba.
rumah tu terpaksa diruntuhkan.

rasa tak macam segala usaha sebelum tu sia-sia?

Hm. Tak apa, Allah nak uji.
Berikan aku kesabaran yang tinggi Ya Allah.


Empathy. --> Putting yourself in someone shoes. Think.

Semangat2! 
eventhough da ter-down se down2 nya. 



03 November 2012

Me le volcano



Aku dan dia ada persamaan.

Siapa dia?

Volcano -_-

arghh.. *hentak pale kat dinding*


Gunung berapi take time untuk meletup. Bukan meletup bila-bila masa dia nak. And i guess, sifat tu ada kat aku. Ya Allah, since 'letupan' pertama aku malam tu dengan uncle sebelah, rasa volcano dalam diri aku ni macam dah activated. Di tambah pulak dengan perangai PMS aku yang akan tak ada mood bila benda tu just around the corner, lagi laaaahhh mempercepatkan 'letupan volcano' aku.

Ye, hidup ni tak de lah semua orang buat baik dengan kau (kau pun sama jugak), sama ada secara sengaja atau tak disengajakan hanya Allah je yang tahu. Dari dulu memang berusaha sesangat meng-apply konsep 'Buat je baik dengan semua orang, even orang tu buat taik ngan kau' tapi dah nama pun manusia. Penuh salah silap. Apa yang terbaik, sabar, sabar n sabar.


Well, bila marah. Aku prefer untuk diam. Senyum (walaupun senyum yang sangat plastik). And diam.
Mungkin tu cara yang terbaik, better zip mulut dari terkeluar apa2 yang boleh sakitkan hati orang. Biar ah dalam hati dah berdarah berapa gelen pun, senyap jelahhh.  Sabar.

Tapi aku ni.. takde lah penyabar mana pun. Sebab tu macam volcano. Sekali marah.....tett -_-


Haih, buruk nya perangai!


Nabi SAW bersabda maksudnya :

" Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam" Nabi mengulangi ucapannya 3 kali (HR Ahmad Tarmizi & Abu Daud)


dan banyak lagi hadis2 Nabi berkaitan dengan marah yang patut aku apply and ingat dalam kepala.



lepas ni, even dalam hati nak buat action macam ni kat orang yang buat kita marah...



kena paksa jugak diri maintain macam ni..

haa, gila plastik kan senyum camtu. okla dari buat muka cam hantu. 



Siapa buat nad gelak time dia nak meletup, 
belanja dia aiskrim! ;p 






27 October 2012

All these are temporary



holiday mood begin~

InsyaAllah raya last dekat Sarawak ;'(
btw, ni cuti yang bukan cuti. again. selalu macam tu kann.
well, kerja sentiasa ada. sentiasa tak habis-habis.
So, please, please, please buat kerja. okeyh?

Tadi berwalking2 di blog orang.
kali ni, blog Allahyarham Yasmin J Hunwick.
tak tahu orang lain, tapi rasanya MOSTLY orang akan tersentuh bila baca blog dia.
blog yang bermanfaat bagi aku.
sebab mengingatkan kita pada MATI.
kadang-kadang kita lead life kita sampai kita terlupa pasal mati.
nak kejar macam2, nak jadi tu ini sampai terlupa kejar benda lain.
terlupa nak kumpul amal banyak untuk kita buat bekal utk kita bawa nati.
She passed away at the age of 17th. still young. sangat2.
Tapi ingat, Allah tak pernah cakap yang orang muda tak akan mati -_-
Ya Allah, takutnya.
aku banyak dosa, sangat-sangat. amal pun tak tentu cukup.

Al-Fatihah to Allahyarham. and my late brother, Angah ;')

24 October 2012

Cengeng



in a state of...

rasa nak naik kereta malam2 (as penumpang, not driver -_-)
pusing2 town
tengok lampu jalan, lampu kedai, lampu kereta, tengok langit, tengok bintang.
bukak tingkap kereta, tutup aircond
pasang lagu2 omputih era 90's
bagi angin malam kena muka banyak2.

atau..

pergi lepak kat pantai cenang, langkawi
cari port yang best dan selamat
dekat2 dengan open restaurant tepi pantai yang suka pasang lagu bob marley tu
duduk diam2 tengok langit
kira bintang and berapa banyak meteor kecik jatuh
sambil dengar bunyi ombak dengan bunyi orang lain tengah hepi2



huhuhu. sedihnyaaaa Ya Allah :(



sila la let go benda ni cepat2. 
Sabar banyak2 dear Nadzirah. 


16 October 2012

tiny thought #7



pernah rasa
dimana waktu kita melihat seseorang. sesiapa.
kita melihat diri kita dalam diri dia.
seolah-olah cermin.
terus banyak soalan muncul dalam fikiran.
'aku dulu pun macam tu'
'kenapa aku pilih untuk camtu :'('
'mesti dulu orang fikir macam apa yang aku fikir sekarang'
jahilnya.


cemburu tengok orang yang ada keberanian.
InsyaAllah.
tajdid niat :)





14 October 2012

tiny thought #6






Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerana selalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya

Kau tahu kau disakiti, hatimu sedang kau melindungi
Percayakan pada cinta ini, relakan ia berterbang tinggi.

-Tengku Adil. 


pembuka hati? mampu? 

01 October 2012

Penconteng





hasil kerja waktu kursus. 




lately tangan jadi semakin ringan untuk melukis.  menenangkan hati and boleh reduce kan kacau bilau fikiran yang ada dalam kepala. 

why? maybe sebab bila lukis tu aku rasa aku macam ada kat dunia lain. sorang2. takde orang kacau. weee. thats what i need sometime. 

oh, dah tatau nak cakap apa. actually tengah cari semangat buat kerja secara ikhlas yang dah hilang buat berapa lama. this is my final year. and waktu ni la takde semangat la pe kan -_-

haih, be strong my dear me. ok, rasa nak balik seremban sekarang. 



26 September 2012

tiny thoughts #5




syurga Allah itu sangat mahal harganya. sebab tu bukan mudah untuk menggapainya.

biar orang lain tak nampak. tapi Dia Maha Mengetahui.

itu yang terbaik. semuanya bermula dari hati.

mujahadah. entah kenapa berminat dengan word ni.

alhamdulillah berpeluang dapat hadir ke talk Ustzh Fatimah Syarha.

bukan sekadar peringatan perihal munakahat saja. bagi aku, ia lebih dari tu :)

kuatkan hati yang rapuh ni Ya Allah.



terfikir untuk memprivatekan blog. adakah tu idea  bernas? o.O

23 August 2012

raya



ujian rahmat tanda sayang oleh-Nya datang lagi.
tiba-tiba perasaan raya tahun ni sama seperti tahun 2006.
cuma kurang sikit.
ya, tahun 2006 lebih sakit.

disebalik ketawa riang, ada kedukaan.
disebalik senyuman, ada airmata.
disebalik ketupat rendang, ada ubat, antibiotik yang sentiasa di sisi.
disebalik sakitnya terkena percikan bunga api, ada sakit yang datang dari jarum yang sentiasa mencucuk.
tapi itu semua tersembunyi.
semua tampak gagah, kuat, tenang.
dalam hati? siapa tahu.

Ya Allah, kuatkan hati kami.
Berikan penawar untuk segala kedukaan.


hari raya day 4. still tak terlambat lagi kot nak ucap selamat hari raya. and of course, maaf zahir dan batin.
seperti biasa, saya amat rindu tahap infinity kat arwah Angah.
:')


buah hati








12 August 2012

Tiny thoughts #4



tergerak hati nak update blog. sementara tunggu biskut kat oven. taip jelah. ada idea, tulis. aku bukan blogger yang ada schedule tetap untuk update blog. bila ada idea+semangat+mood baru aku menaip. barulah straight from the heart kann..eceh *bagi aku lah, orang lain tak tahu..hoho* :)

topik?

eh, kata straight from the heart bagai, tapi topik tak pikir lagi. piirahh. haha.

sekarang aku kat rumah. disebabkan aku belajar jauh, so, aku tersangat lah jarang nak melekat kat rumah. so, dengan adanya aku kat rumah cuti ni, aku cuba sedaya upaya untuk jadi kuli batak mak seboleh mungkin. haha. tolong mak apa yang patut. bila fikir2 balik, memang berhikmah aku study kat Sarawak tu. compare dengan aku yang dulu, aku boleh cakap aku ni macam anak dara pomaleh aka pemalas.kui3. dapat pulak mak yang tak kuat membebel, marah2 haa lagi kemain la aku..hee. sekarang bila tengok mak kerja sorang2, rasa kesiann automatik datang. lagi2 mak da makin meningkat umur. terus hati berbisik "woi nad pegi tolong mak ko tu~!" eh, cakap2 macam ni terasa seperti sudah dewasaaa la pulak kan.. :p

sebelum aku pokpek dengan lebih banyak, nak emphasize dulu yang entri ni bukan entri berunsurkan riak, nak tunjuk bagos,bangga atau sewaktu dengannya..eh? ok sambung.

dulu aku pernah terasa yang aku ni macam dah termasuk golongan yang confirm pass untuk kahwin. kiranya macam kalau ada orang pinang tu, ok jalan terus la an. haha adoi muntah sebaldi buat statement camni XD

tapiiii..

1) masa tolong mak masak - kau mampu nak masak sesedap and se-variety mak kalau kau dah kawin? masak sup ayam pun boleh transform jadi kurma ayam. apecerrr... setakat nasi goreng, sambal-menyambal, tumis-tumis tu boleh laa..tapi takkan hari2 makan tu jee T_T malu u'olss ngan mak mertua. ahaks.

2) bab agama - sembahyang insyaAllah and alhamdulillah lima waktu. baca al-quran boleh, tapi tajwid? dah cukup power sampai boleh ajar anak-anak kau nanti? benda wajib lain? dress up? dah cukup terpelihara?   amalan sunat camne pulak? oh,,banyakk benda yang aku kena upgrade. seriussssly. hope encik jodoh nanti lebih power bab agama so dapat jadi pembimbing.

3) self attitude - dah dapat control ketidakstabilan emosi kau yang kadang-kadang ntah ape2 tu? takkan nanti emo, terus buat-buat tak kenal suami and berlagak single lagi kan. haha. masih belajar untuk tolak ansur, hargai orang and macam2 lagi. and. aku tak rasa aku dah bersedia dari segi mental untuk semua tu. hmmmm *angguk kepala*

4) duit - yeap..money, money, money..taknak cakap banyak. bagi aku, benda ni penting. melainkan kau just nak main kawin-kawin. tu memang free of charge lahh.

5) and banyak lagi sebab yang aku selalu terfikir. malas nak tulis sebab biskut dah siap. aha.


so? sememangnya aku tak rasa aku calon sesuai untuk menempuh fasa tu buat masa ni. penyakit gatal merenyam fikir nak kawin, bercintan cintun pun alhamdulillah semakin kurang, berkurang dan berkurang.haha. kena upgrade banyak perkara. upgrade ilmu dulu :)

tapi adalah sangat membahagiakan bila tengok kawan kawin. hee. terus ada balik feeling hati berbunga-bunga macam tengok drama korea :p



tidak pasti jika kisah lama dah buat hati seolah-olah tawar ataupun apa.
nvm, just keep praying :)







26 June 2012

Keiko si popeye



eh,
bukan popeye the sailorman tut..tuutt~ tu.bukan.

popeye ialah sejenis penyakit ikan dimana mata ikan tu bengkak sebengkak-bengkaknya..one eye or both. sadis okay. sekarang my Keiko terhidap benda tu. lagi sadis. wuuuuuuu *meraung dalam hati*

sekarang condition dia sangat tak stabil. sangat-sangat. kadang-kadang terbaring, pastu buat aku cuak kot2 dia dah pergi. pandai berlakon eh keiko T_T  kalau ada ICU ikan, dah lama aku admit kan dia tau. *nanes T_T *

google-google...

google-google..

terbaca pasal source of infection, and dorang suggest letak antibiotik.

terus keluar cari ubat, ambik antibiotik Amoxycillin Ikin. Larut kan dalam air. *sukati je kan, nampak sangat desperado*

Besaaaar sungguh harapan aku nak tengok mata dia kempis. huu.

dear keiko,
sorry kalau tak jaga betul2 selama ni..love youu ;'(



dulu pernah jaga pokok bunga ros pemberian someone, 
suruh ayah jaga betul-betul, bagi baja semua, taknak bagi mati, 
ayah terus reply, 
 " lama-lama nanti dia mati jugak, sampai bila dia nak hidup, semua benda mati :) " 



okey ayah. huu.






05 June 2012

being happy

tengah duduk kat meja study, berangan2, petanda dah tak fokus kat note yang ada depan mata. pen-pen, highlighter warna-warni dah tak boleh da nak attract aku *jeling*

but, perjuangan harus diteruskan walaupun hati da menjerit "woi. bila nak abes keje ni woi!!" T_T

dalam kekelambutan siapkan research, exam bagai. ada je 'anasir2' luar yang ganggu perasaan aku. (Allah nak uji tu)
untuk aku bersedih, aku boleh senaraikan sebanyak mungkin trigger utk sebabkan kesedihan aku.
tapi, bagi aku itu pessimist.tak bersyukur. eeiyuuh katakan taknak!
aku admit lately (or bape taon ni), aku sort of being a cengeng person *dush untuk sedih yang tak patut sedih* tapi, ada ujian Allah yang aku try my best to be strong and accept the qadr, tapi tak boleh jugak and end up with crying dalam senyap.hihi.
madam cakap banyakkkk penyakit boleh datang disebabkan sedih2 ni.
including cancer. (i hv high risk factor to get it, tp mintak jao)

so, buang sedih tu jauh2.

be happy :)

being happy is not all about laughing out loud, smiling all day or being a famous amous person in University that all people knew you.

definition happy aku?
feeling macam masa tengah tengok bintang n meteor malam-malam kat beach Langkawi sambil dengar orang main gitar ditemani niece tersayang.

aha. cakap jelah kau taktau nak describe (-_-

takpe, yang penting kita tau apa kita rasa kan. 

ok, S to the T to the U to the D to the Y! STUDY!


assalammualaikum!




.

26 May 2012

tiny thought #3


different people, different story.

sekarang benar-benar lihat apa yang dimaksudkan "what goes around, comes around"
Allah Maha Adil kan.
nvm, semoga dia dan semua bertemu kebahagiaan.
no hard feeling ;') *heartless lagi adala. duh*

after several weeks in psychiatric hospital. had seen a lot of people with their outrageous story.
kesimpulannye, tak semua orang hidup macam apa kita pikirkan. *esp for me, yang pikir hidup ni seindah drama kat tv and secomels kisah cinta korea*
there are sometime, i cried. bila dengar patient cerita. emosi sungguh. aha.
even kawan nasihat jangan cepat terpengaruh dengan cerita pesakit (sbb patient with mental illness might act just to get sympathy from other people), aku tak kesa..lagi2 bila dorang sentuh bab mak ayah. laju je mata ni nak berair. haa emo tak emo. 

lagi satu konklusi yang aku dapat dari observation aku (tetibe jadi seorang yang sangat observant since attach kat pschiatric hosp -_-)  ialah pasal life partner.
betapa penting nya nak cari seseorang yang sangat lah betuuuul untuk dijadikan life partner. 
or else, u might get major depressive disorder and end up in mental hosp. scary eh ;p
senang cite, find someone yang ada agama. bukan setakat ada saja, tapi amalkan.huhu.
kadang2 otak sendiri serabut dengar cerita rumahtangga dorang. padahal belum masuk phase tu lagi. 
over ehh. 

semoga bertemu dengan yang betul (tapi sila betulkan diri sendiri dulu.dush)
nak imam muda boleh? nanti boleh guide *ngada2.puuii*




Dont worry. Have faith in Him :) 

05 May 2012

Be strong

La tahzan - dont be sad.


" ...Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah selalu bersama kita.." 


[At-Taubah 9:40]


tabahkan hati kami Ya Allah. Sembuhkanlah dia.

teringat arwah Angah. semoga dia ditempatkan di kalangan orang2 beriman.

kuatkan hati kami. semoga kami semakin dekat denganMu saat ditimpa ujian dariMu (sekali lagi).


cuba untuk senyum.
sorok apa yang dirasa.
Allah jua yang mengetahui.





15 April 2012

kaler


hidup ni kalerful.

kadang2 rasa riang gumbira (pink, oren, kuning, hijau)
:
kadang2 rasa suram (biru, purple, coklat)
:
dan, 
kadang2 rasa down, sedih, give up (hitam)

* pemilihan warna tu mengikut andaian aku sendiri. itu yang aku tafsir. 



entah kenapa rasa semakin menghampiri ke warna hitam. haish. ngada2 betol. 
tak boleh, tak boleh. Allah tak suka T_T

"hek eleh, baru sikit. bertahan sikit tak boleh?" *kata nad kepada nad didalam hati*

hal lain.
yep, hidup ni kalerpul (cakap ala2 mak ;p ) 
kadang2 kita mimpi nak yang terbaik. tapi sedar tak yang kita pun takdelah 'terbaik' sangat ponn. 
yeah, itu yang aku rasa. beselah, kuat berangan. nak itu, nak ini. 
kadang2 jadi malu. camne kalau yang 'terbaik' tu tiba2 Allah bagi kat kita. TAK ALUU KEW~ (cakap pelat bajet budak kicik comel.tetibe.lempang kang)

so?

sile2 lah rajin kan diri untuk berubah to the better and to the better and to the better. 
pilih, murah atau mahal? 



pheww, untuk memulakan sesuatu dan istiqamah tu kadang2 payah. 
but i know its worth. 
sangat2 ;')






10 April 2012

Sebenarnya



yang menjadi impian setiap jejaka

itu bukan gadis hebat.

yang jadi rebutan, di sana di sini.

itu tidak hebat.

yang hebat itu seperti yang mereka2 itu.

tidak dipandang dan memandang. respek.


di mata gadis itu,

hanya tuhan tahu siapa yang dipandang tinggi.yang diharapkan.


tidak semestinya pengejar terhebat

ikhlas, imam terbaik.

cukup.




sabar.

08 April 2012

The old computer

Baru siap habiskan esaimen. Alhamdulillah. Now, baru boleh update blog.

Minggu lepas balik rumah. Cuti pendek yang panjang bagi aku. Cukup untuk mengurangkan tekanan otak. Boleh kata 80% masa aku kat rumah dok hadap laptop T_T sampai ayah rimas tengok.wuu.

Aim balik rumah minggu lepas, selain untuk melepaskan rindu kat mak ayah rumah segala, aku balik untuk ambik file2, dokumen2, pic2 lama yang ada dalam pc kat rumah. Mak nak jual kat jiran T_T

Well, perangai mak sangat opposite dengan aku bila bab simpan2 barang. Mak buang, aku kutip balik. Mak cakap barang tu menyemak, aku cakap barang itu kenangan, kena simpan ;p

terus mak cakap "kalau rumah ni banglo, dah lama mak reserve satu bilik simpan semuaaa barang lama2..ni rumah sempit, mana nak letak"..Ok, fineeeee..yolah mak. *padahal aku salu kutip balik barang yang dia buang senyap2..;p*

sempat menggodek2 pc lama tu, macam ada feeling tacing2 waktu tu..hihi.

microsoft 2000. korang ada? :D


Dulu masa buat kerja kajian tempatan,sejarah hatta pjk sekalipun (gegempak sungguh kerja pjk pun guna komputer -_-) , akan ditemani si kucing comel berwarna oren tu. Microsoft word sekarang mana adeee..kalau rasa macam lost dah tak tau nak tanya sape daa ;( ah, over. bilalah pulak nak lost2 guna word sekarang ni kan. sebenarnya aim nak buli kucing tu jee.hik2.

Kali terakhir bukak komputer lama tu masa aku form 3. Bayangkan berapa lama tak bukak. Mak pulak dengan gembira cabut segala wayar2 yang connect dengan CPU tu..memang lahh satu kerja lagi nak pasang kan. Alahai omak2~ hehe. Then, terjumpa hasil2 kreatip aku diusia remaja..;p Antaranya lukisan shinchan yang aku lukis secara berperingkat2 guna paint dan novel cinta yang aku karang sendiri ( novel cinta okey, bukan novel kancil dan buaya..terserlah tak kekuatan berangan aku :D) 

Now, komputer tu dah selamat kat rumah jiran aku. Dengar citer, meja komputer (mak bagi sekali) tu dah nak roboh dah dikerjakan cucu2 jiran aku tu T_T harap nyawa komputer lama tu panjang lagi la.


Sekarang, kesayangan semestinya lappy pink ni. Yang pernah terhempas tapi masih berfungsi. Alhamdulillah..hee. 





21 March 2012

middle


sometimes I just want to be in the middle of time. 

semoga Allah melindungi mak ayah selalu :) semoga berpeluang menggembirakan mereka se-maksimum mungkin.

Merindui masa lalu (yang happy2 saja). Rindu zaman sekolah. Rindu zaman kanak-kanak ribena. Rindu zaman dimana semua siblings aku belum kahwin lagi, maseh muda remaja, maseh bergaduh sambil menangis. Rindu nak naik van buruk ayah (kakcik pun rindu jugak nak naik ramai2 ;') ) 

Menyambut masa depan dengan penuh ke-eksaited-an. Berangan itu, berangan ini. Nak buat itu, nak buat ini. Nak jelajah sana, nak jelajah sini. Excited memikirkan kehidupan baru yang mungkin dilalui dengan orang2 yang baru. (?) o.O 

Well, kenyataan hari ini adalah impian masa lalu, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. kan. :)






I just miss my family so much. 





13 March 2012

tiny thoughts #2

Kadang-kadang hati ni macam lalang..kejap macam ni kejap macam tu.

kejap mahu pergi, kejap mahu diam.


apa lagi kau mahu wahai hati. cukup2 la tu T_T


aku percaya pada prinsip 'kalau sayang, lepaskan..jika sesuatu itu memang tercipta untuk kita. sejauh mana terpisah tetap juga bersama. Jika tidak, maka tidaklah'. Allah dah rancang sebaik2 kisah untuk kita kan.

kadang-kadang terasa diri sendiri yang sengaja membina tembok kebal yang tak lut oleh sesiapa pun dalam hati ni. sampai bila pun tak tahu.






Ya Allah. kenapa sedih? 





09 March 2012

buncit bukan sebarang buncit

being a woman/girl/lady is truly lucky..so precious.



Alhamdulillah, got chances to study a loooot about woman. menstruation, pregnancy and so forth :) Kelas O&G especially from Mdm Rose selalu menerujakan aku..excited tahu bila dengar cerita2 dari orang yang berpengalaman seperti beliau..hee.

Dari banyak2 topic tentang perempuann..paling aku excited tak tentu pasal is pregnancy.muehehe.

Bila belajar secara detail about pregnancy, baru lah aku tahu betapa besarnyaaaa role, pengorbanan perempuan yang dah jadi mak/ibu/mummy/mama..*ni yang buat maken sayang kat mak nih*

mengandung tak semudah abc tahu? T_T






tapi, lagi aku belajar pasal problem2 yang selalu ibu2 ni face bila peknen..semakin aku rasa "wahh...bestnyaaaa ngandunggg" (-_-" (i have no reason to explain this)

pregnancy indeed one of the amazing process create by Allah the Greatest. Belum lagi masuk part2 hormon regulation tu. Subhanallah. Sangat wow.

Ok, aku admit yang aku rasa bahawa mengandung tu sangat best (aww.blushing tetiba) Tapi of course kena kahwin dulu ye makcik. Tak boleh buncit perut sebelum kahwin, buncit sebab makan banyak takpe. Hee!


nad, tidotidotidotido.tomorrow will be another hectic day. pheww!





 

02 March 2012

stress?

stress is really, really bad thing.


aku bukan manusia kalis stress. penah stress, boleh stress, akan stress (?), tengah stress (?).eh2 ada question mark pulak.

pabila stress disertai faktor ketidakstabilan hormon yang datang sebulan sekali, hasilnya agak hebat (-_-

muka terus berubah macam orang baru muflis, kawan panggil muka ketat. Kalau pandang baby, mesti baby nanges. haishh, buruk2.

Take time. Beberapa jam untuk recover. Alhamdulillah bukan jenis kacau orang or buat orang stress sekali (only the chosen one je akan dikacau dan didera secara mental.muehehe) .Senyap sudah memadai.

Try to face every problem positively. Dulu kan boleh. Why not now?


Ini baru sikit. Masa depan lagi hebat.
Be strong. 
setiap apa yang ada milik Allah. begitu juga ilmu.








26 February 2012

tiny thoughts #1



Lepas terbaca post daripada blogger feveret  kak nurul badiah, terfikir2 pasal ni. Try to avoid from posting something relate with lovey dovey things buat masa ni, tapi entah terasa nak post (-_-"

Dia cerita tentang beza suka dan cinta. Benda yang kadang2 susah orang nak differentiate. Mungkin aku sendiri pun dua kali lima.


"If you love two people at the same time choose the second one because if you really loved the first one you wouldnt have fallen for the second."

ye eh? o.O ?

suka? cinta? er (-_-". Ye, bukan masanya tapi selalu buat aku tertanya-tanya. Macam biasa lah benda yang paling aku taknak pikir ituuuu yang aku asek rewind2 dalam kepala. Heh. buang karan.



Masih belum bersedia untuk disayangi dan menyayangi.
Allah knows the best.
Happy tengok kawan yang bahagia :)





12 February 2012

dating



Harini dating. Bila jalan, ada yang pandang2, jeles ler tuuu...baju ktorang sedondon purple hitam ;p

Bila dia lambat jalan, aku pimpin kasi speed bagi laju..kejam sungguh..sukati apply konsep 'kaki mu kaki ku jua'..muehehe.


introducing my teman dating..thanks teman sampai lenguh2 kaki jalan and naik turun tangga dengan kepayahan (tanda dah tak larat nak jalan..hee)



Mak saya. Dari sisi tepi (bagi misteri2 sket..).Ade orang cakap muka aku ni fotostat mak aku.
Mungkin.. :)


Neway, aku memang terseksa dengan sikap aku yang susah gilaaaa nak pilih barang..dua jam dalam MPH yang ada melambak-lambak buku tu hanya berjaya buat aku beli sebuah buku jeee...waarghhh...*hantuk pale kat dinding*

Bukan kat buku saja..tapi semua benda kot... T_T

Ok, mahu tidur. Esok,  berjalan lagi tapi untuk urus hal tak suke. Nite~







09 February 2012

Lillahi ta'ala




Kadang diri terleka dengan matlamat utama. Bila diuji sesuatu, terus jatuh airmata. Betapa senangnya mata ni nak menangis (haish, malu T_T)

Dalam setiap apa yang Allah jadikan, dalam apa-apa yang berlaku kat kita, pasti ada hikmah. Yakin itu.

Jadi kenapa selalu bersedih. Hey, aku bukan cengeng, gembeng or sewaktu dengannya (at least, i try not to be like that (-_-" ). Yang selalu menangis disebabkan benda kecik or for nothing.

Then why its still happen?

Menangis pabila matlamat yang kau letakkan bukan untuk Dia. Bukan untuk Allah. Bila semua benda dilakukan kerana Allah, insyaAllah hati tenang, redha (bukan menyerah kalah). Aku tahu tu. Aku pernah buat. Aku pernah ingatkan diri. Tapi kemudian lupa...

Akibatnya.,,,.makan nasik sambil tengok tv dengan airmata bergenang (takde benda lawak lagi kau boleh buat nad? ~_~ )

Thanks to you yang selalu bagi aku support. Masih bertahan nak  layan 'ribut taufan' yang aku create bila aku tak okey (i wonder how long you can stand with my attitude yang satu ni.sorry.muehehe) And mengingatkan aku pasal ni ;') i appreciate it so much.



-Aku tulis macamlah aku manusia terpositif.  lagak motivator tegar (-_-
Tapi ini salah satu cara aku.
Macam monolog..kepada diri sendiri.





01 February 2012

Baru



ho yeah..i can smell something new here~ hehehe *eh, nape cik poyo sangat ;p*

Berasa semangat menulis di tempat comot yang berwarna baru. Bukan ingin mengkhianati pink, cuma bertukar angin. Tetiba berasa semakin matang lantas memilih warna-warna lembut untuk dijadikan santapan mata (erk, cam tade kaitan)

bulan baru (harini satu haribulan dua)..

template baru..

pencapaian baru..

semangat baru..

diri yang lama..

dengan target dan pembaharuan yang baru (insyaAllah) ;)



-tadi dah beli makanan yang aku mimpi dua hari lepas. 
bab makanan, memang jaguh T_T kalau dah target tu  memang  berusaha dapatkan.
cuba kalau study camtu nad.hehe.






27 January 2012

i-city park: hati colourful

After 3 months in Sarawak, now i'm home. akhirnyaaaaaaaa~ 



*guling-guling ke kiri* weee ~ ~



*guling-guling ke kanan* weeeeeee~ ~ (eh2, bahagia nampak! haha)

ok, stop guling2 walaupun hari2 akan berguling. Kali ni balik rumah macam balik rumah baru. Rumah tengah direnovate. Serius rasa lain bila rumah yang aku stay dari aku kiciiiiiiikk sampai besa ni dah bertukar wajah. Rasa sayang bila tengok dinding yang ada hasil seni akak abang aku masa dorang kecik akan di cat. Nasib baek hasil seni aku kat tangga ada lagi (nak jugak tu ;p)

Second day kat rumah terus diangkut ke rumah abang kat Klang. Satu family berkumpul. Jumpa semua anak buah aku, and youngest niece aku, Iman tengok maksu dia ni macam alien..sobs2...well, muka ni la paling dia jarang nampak~ tapi puas dapat pipi dia..heeheheehehee. 

Malam tu jalan ke i-city park. Salah timing kitorang pergi sebab ramai gilos orang kat situ nak celebrate chinese new year holiday T_T tapi keluar dengan family, haruslah seronok ^^




Iman si genit yang berjaya buat ktorang satu family geram. Dia ni cucu Atuk. Semua orang dia tak layan kecuali ngan ayah. Jeles!!



Kat umah abang tetiba boleh ada portable machine untuk cek blood pressure tu. Abang cakap dapat free masa beli tilam. Justeru ituuu, aku selaku nursing student pun telah di-request2 oleh family member aku untuk cek blood pressure dorang. Dari mak ayah, abang, akak sampaaaai lah ke farisha tuh (padahal cuff dia actually for adult). Farisha nak pakai pun sebab dia nak rasa sakit ke tak (-_-“



“ok, abang nye tinggi sikit ar..maybe sebab abang baru lepas jalan2 tadi an..” *explain lepas tengok abang cam cuak..ahaks*

“kakyu nye rendah gak ar..tapi stil tak bahaya. Dalam family ni pun, kalau yang perempuan semua rendah2 sket”  *terus bergebang*



Abang Wan pulak tanya soklan advance sket.  “Adik, apa benda systolic ngan diastolic tu??” pastu masa nak jawab tetiba guna bahasa melayu (belajar dalam term English). Jadi terkeluar lah perkataan ‘KEUPAYAAN JANTUNG’, ‘MENGEMBANG’ and sebagainya. hehehehe. Ye. Memang terasa skema dan formaall ye lepas tu, tapi apa kesah asalkan dorang paham ^^v




tak dapat nak upload gamba lain disebabkan internet lembab tahap gaban T_T cuti ni insyaAllah akan digunakan untuk buat benda yang dah plan dalam pale ni since kat Sarawak.. Hepi holiday! :)







-"kalau hentak hati ni kat batu, entah2 batu tu yang pecah"
minta maaf.yang lepas biarlah lepas.jangan dikejar lagi :)









04 January 2012

weeee...weeee~

tiba-tiba berperasaan begini..








perasaan yang heaven :) aww...~


tapi..







takde la selamanya aku nak macam ni kann, 






tu dah jadi FOREVER ALONE plak (-_-"
taknak! taknak! 
say no to ANDARTU. heee.




At least for NOW. (jangan cakap besar, nanti jadi lain.aha! heyppp, tak boleh, tak boleh. teguhkan hati wahai Nad ;p)
keep your heart closer ok? :)

 Thank you Allah. Aku bagi hati aku kat Dia untuk Dia simpan. Sebab aku tahu bila tiba masa yang sesuai Allah akan beri hati aku kat orang yang paling layak. Dia Maha Mengetahui kan :)


Takdelah single sangat. I have a loooott of friends yang best2 (bukan girls saja, kawan boys juga adalah kawan yang awesome! ^^). and of course my family yang super duper awesome :)



i'm single. i'm okay.
dia ni pelik sebab tu single.hehe! ;p



-Esok bermulalah hari exam. Walaupun paper BM je pon. Aku cuak gile macam hape. 

wuarghhh, nak balik seremban T_T