12 August 2012

Tiny thoughts #4



tergerak hati nak update blog. sementara tunggu biskut kat oven. taip jelah. ada idea, tulis. aku bukan blogger yang ada schedule tetap untuk update blog. bila ada idea+semangat+mood baru aku menaip. barulah straight from the heart kann..eceh *bagi aku lah, orang lain tak tahu..hoho* :)

topik?

eh, kata straight from the heart bagai, tapi topik tak pikir lagi. piirahh. haha.

sekarang aku kat rumah. disebabkan aku belajar jauh, so, aku tersangat lah jarang nak melekat kat rumah. so, dengan adanya aku kat rumah cuti ni, aku cuba sedaya upaya untuk jadi kuli batak mak seboleh mungkin. haha. tolong mak apa yang patut. bila fikir2 balik, memang berhikmah aku study kat Sarawak tu. compare dengan aku yang dulu, aku boleh cakap aku ni macam anak dara pomaleh aka pemalas.kui3. dapat pulak mak yang tak kuat membebel, marah2 haa lagi kemain la aku..hee. sekarang bila tengok mak kerja sorang2, rasa kesiann automatik datang. lagi2 mak da makin meningkat umur. terus hati berbisik "woi nad pegi tolong mak ko tu~!" eh, cakap2 macam ni terasa seperti sudah dewasaaa la pulak kan.. :p

sebelum aku pokpek dengan lebih banyak, nak emphasize dulu yang entri ni bukan entri berunsurkan riak, nak tunjuk bagos,bangga atau sewaktu dengannya..eh? ok sambung.

dulu aku pernah terasa yang aku ni macam dah termasuk golongan yang confirm pass untuk kahwin. kiranya macam kalau ada orang pinang tu, ok jalan terus la an. haha adoi muntah sebaldi buat statement camni XD

tapiiii..

1) masa tolong mak masak - kau mampu nak masak sesedap and se-variety mak kalau kau dah kawin? masak sup ayam pun boleh transform jadi kurma ayam. apecerrr... setakat nasi goreng, sambal-menyambal, tumis-tumis tu boleh laa..tapi takkan hari2 makan tu jee T_T malu u'olss ngan mak mertua. ahaks.

2) bab agama - sembahyang insyaAllah and alhamdulillah lima waktu. baca al-quran boleh, tapi tajwid? dah cukup power sampai boleh ajar anak-anak kau nanti? benda wajib lain? dress up? dah cukup terpelihara?   amalan sunat camne pulak? oh,,banyakk benda yang aku kena upgrade. seriussssly. hope encik jodoh nanti lebih power bab agama so dapat jadi pembimbing.

3) self attitude - dah dapat control ketidakstabilan emosi kau yang kadang-kadang ntah ape2 tu? takkan nanti emo, terus buat-buat tak kenal suami and berlagak single lagi kan. haha. masih belajar untuk tolak ansur, hargai orang and macam2 lagi. and. aku tak rasa aku dah bersedia dari segi mental untuk semua tu. hmmmm *angguk kepala*

4) duit - yeap..money, money, money..taknak cakap banyak. bagi aku, benda ni penting. melainkan kau just nak main kawin-kawin. tu memang free of charge lahh.

5) and banyak lagi sebab yang aku selalu terfikir. malas nak tulis sebab biskut dah siap. aha.


so? sememangnya aku tak rasa aku calon sesuai untuk menempuh fasa tu buat masa ni. penyakit gatal merenyam fikir nak kawin, bercintan cintun pun alhamdulillah semakin kurang, berkurang dan berkurang.haha. kena upgrade banyak perkara. upgrade ilmu dulu :)

tapi adalah sangat membahagiakan bila tengok kawan kawin. hee. terus ada balik feeling hati berbunga-bunga macam tengok drama korea :p



tidak pasti jika kisah lama dah buat hati seolah-olah tawar ataupun apa.
nvm, just keep praying :)







No comments:

Post a Comment