24 November 2012

Tiny thought #8




have you ever wonder how its feel when..


kamu bina satu rumah.
berpanas, berhujan,
penat lelah, tekanan mengejar masa..
tapi tak apa sebab nak tengok rumah tu siap dengan sebaik mungkin
korbankan masa untuk siapkan dia.
dan tiba-tiba.
rumah tu terpaksa diruntuhkan.

rasa tak macam segala usaha sebelum tu sia-sia?

Hm. Tak apa, Allah nak uji.
Berikan aku kesabaran yang tinggi Ya Allah.


Empathy. --> Putting yourself in someone shoes. Think.

Semangat2! 
eventhough da ter-down se down2 nya. 



03 November 2012

Me le volcano



Aku dan dia ada persamaan.

Siapa dia?

Volcano -_-

arghh.. *hentak pale kat dinding*


Gunung berapi take time untuk meletup. Bukan meletup bila-bila masa dia nak. And i guess, sifat tu ada kat aku. Ya Allah, since 'letupan' pertama aku malam tu dengan uncle sebelah, rasa volcano dalam diri aku ni macam dah activated. Di tambah pulak dengan perangai PMS aku yang akan tak ada mood bila benda tu just around the corner, lagi laaaahhh mempercepatkan 'letupan volcano' aku.

Ye, hidup ni tak de lah semua orang buat baik dengan kau (kau pun sama jugak), sama ada secara sengaja atau tak disengajakan hanya Allah je yang tahu. Dari dulu memang berusaha sesangat meng-apply konsep 'Buat je baik dengan semua orang, even orang tu buat taik ngan kau' tapi dah nama pun manusia. Penuh salah silap. Apa yang terbaik, sabar, sabar n sabar.


Well, bila marah. Aku prefer untuk diam. Senyum (walaupun senyum yang sangat plastik). And diam.
Mungkin tu cara yang terbaik, better zip mulut dari terkeluar apa2 yang boleh sakitkan hati orang. Biar ah dalam hati dah berdarah berapa gelen pun, senyap jelahhh.  Sabar.

Tapi aku ni.. takde lah penyabar mana pun. Sebab tu macam volcano. Sekali marah.....tett -_-


Haih, buruk nya perangai!


Nabi SAW bersabda maksudnya :

" Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam" Nabi mengulangi ucapannya 3 kali (HR Ahmad Tarmizi & Abu Daud)


dan banyak lagi hadis2 Nabi berkaitan dengan marah yang patut aku apply and ingat dalam kepala.



lepas ni, even dalam hati nak buat action macam ni kat orang yang buat kita marah...



kena paksa jugak diri maintain macam ni..

haa, gila plastik kan senyum camtu. okla dari buat muka cam hantu. 



Siapa buat nad gelak time dia nak meletup, 
belanja dia aiskrim! ;p