08 December 2013

Random


Assalammualaikum

Macam jakun jap bila bukak laptop ber-broadband (lepas 2 bulan tak bayar pastu kena bayar banyak sekaligus, nanges dalam hati masa bayar T.T)

Sekarang 2.36 pagi, menaip dengan mata besau gaya macam esok tak kerja.

Dikelilingi nyamuk, bila berdepan dengan nyamuk kat Nilai ni takut dia lain macam sikit. Skeptikal sket. Rasa macam semua nyamuk kat Nilai ni boleh jangkitkan denggi kat aku. Mana tak nya dah hari-hari ngadap patient denggi kat wad. Satu hari takde patient denggi kat wad macam ajaib gila.

Next story,

Ada masa aku rasa memang nak give up. Nak lari somewhere else dimana aku boleh hidup aman tak payah nak serabut otak. Tapi, ada masa aku rasa macam ada magnet attraction yang suruh aku stay. Orang-orang yang sangat wonderful, tak lokek ilmu buat aku rasa macam nak further study. Dorang sangat awesome boleh buat aku jadi orang yang inquisitive just dengan cerita kat aku experience2 dorang yang scary tapi interesting. The bonding gets stronger each day I guess. Hm :) dengan orang yang negatif sila abaikan, buat tak nampak. 

Next story,

Bila cuti tengok balik diari2 aku zaman sekolah. Kagum dengan kerajinan diri sendiri waktu dulu mengarang karangan pada event2 yang special. Sibuk betul aku dulu rupanya. Sibuk melayan perasaan. Muahaha. Oh ya, ada satu entri pasal pengalaman aku kapel buat pertama kali dalam hidup, aku mulakan ayat dengan

"Tarikh kat atas merupakan tarikh kebodohan aku, aku boleh terima untuk..."

 Nampak benar tak happy :D tu nama nya cinta monyet. Memang cam bodo-bodo je.

Next story,

Aku nak dekat dengan mak ayah. Aku nak dekat dengan dorang selagi Allah bagi aku peluang untuk jaga dorang. Kalau ada hospital sebelah rumah, aku sanggup hantar resume beratus kali. Ya Allah, Kau tahu apa yang tersirat dalam hati aku. Kau permudahkan, Kau kuat kan hati aku. Amin.

Next story,

Tengah fikir sekarang ni masa untuk memberi peluang atau menutup peluang. Masa untuk fikir dengan serius...kot?

Next story,

Pergi tidur, esok bangun awal, keluarkan ayam dari peti sejuk, masak, makan, pergi kerja.



Goodnight!

26 October 2013

Oh my perangai

Assalammualaikum

Kalau cakap pasal perangai/habit buruk orang. Rasanya semua orang ada kot. Cuma kau sedar tak sedar je. Aku? jujur cakap.. ada banyaaaakk. Just orang tak sedar, pastu ingat aku ni sempurna bagai. Tidak hencik, tidak.

Dari aku kecik sampai besar godang camni, aku perasan aku ada masalah dunia nak pilih barang masa tengah shopping. Tak kira la baju ke kasut ke bag ke.. takde maknanya lah aku pilih dalam masa kurang dari sejam. Selalunya amik masa 3-4 jam untuk barang yang sikit. Siapa selalu jadi mangsa? Mak aku la. Wuu. Kesian mak.

The worst thing, lepas spend time 3-4 jam camtu, bukan dapat pun barang yang aku nak sangat beli tu. Kadang-kadang tak beli apa-apa sebab macam tak puas hati dengan semua barang yang aku jumpa. See..see..see. Tak tahu lah siapa lagi dapat tahan perangai pelik aku ni selain mak aku. Lepas sejam aku macam dalam dilema nak pilih yang tu atau yang ni, yang kat kedai yang tu ke atau yang kat kedai kat atas tu.. pastu terus diserang penyakit bad mood, malas nak jalan-jalan dah, rasa lapar dan hypo tiba-tiba, rasa give up.. Haa. rasa nak lempang tak perempuan camnih. Haha. Aih, jangan cakap orang lain (ayah aku la paling bising nak ngadap perangai anak dia nih), aku sendiri pun rimas weyh. -_-

Mungkinkah ia sejenis disorder? err..

Lagi berapa minggu nak konvo. Rasa nervous macam nak kahwin! haha. Serious. Ke aku sorang je tak normal rasa camni. -,-

Barang penting untuk konvo tak sampai 10% pun aku prepare. Dengan aku kerja lagi, dengan perangai susah nak pilih barang lagi. WUUU. *meraung dalam hati*

Esok akan rayau sorang kat Nilai survey barang konvo. EE. Tolonglahh nadd. Tolongg jangan buang masa. Jangan nak berdilema sangat! Dush.




Rindu kawan shopping, Nisak. Tapi dia kat India la pulak T_T


20 October 2013

tiny thought #12

Assalammualaikum.


Pernah rasa satu feeling pelik dimana kita sendiri tak dapat describe.
Eh, ni bukan pasal jatuh cinta dengan sesiapa. Bukan.

Macam satu bekas yang dah nak penuh dengan sesuatu.
Pada satu tahap bekas tu dah nak penuh. Ia kosong balik.
Kosong sangat-sangat.
Kemudian kau buat tak tahu. Anggap tak ada apa-apa.
Tapi masih wujud rasa pelik tu lagi.
Instinct apakah.

Mungkin petunjuk. Suruh kau hindar dari punca segala perasaan pelik nih.
Mungkin.
Taknak rasa macam dulu lagi. Teruk.

Ya Allah, jika baik untuk aku, dekatkan lah. Jika tidak, jauhkan lah sejauh-jauhnya.
Amin.





23 September 2013

Dunia baru


Assalammualaikum.

Tengah dalam mood 'home sweet home' sangat. Bukan di Nilai tapi di Seremban. Muehehe.

Banyak sangat benda nak cerita kalau nak sambung dari last entri dalam blog ni. Title pun dah bertukar. Dari seorang student yang dikelilingi kawan-kawan single mingle (mostly) hingga lah menjadi seorang nurse yang dikelilingi aqaq-aqaq yang nampak je muda sebaya aku tapi anak dah berderet. Respect. Fuh. Tapi tak semua dah kahwin, ada yang single tapi hm mungkin in a year time kahwin? Kadang-kadang rasa macam budak hingusan je bila dengan dorang nih. Aku masih ribena. Buat-buat tak ribena je kadang-kadang. Ikut situasi orang cakap. Kuikui.

Minggu ni InsyaAllah genap sebulan kerja. Alhamdulillah. Thanks to Allah sangat-sangat for this rezeki ;) Proses ni banyak bantu aku dalam develop something and overcome certain weakness. Macam? Yee.. DRIVING. Eh malu plak nak cakap. hihi. Nad yang amatlah penakut nak drive even ke satok atau jinki masa kat Sarawak ni dulu dah boleh drive kat highway bergandingan dengan kereta2, lori2, bas2 yang semuanya laju macam nak kejar hapa (tapi along the way mulut kumat kamit baca doa, dah nama penakut. muahaha). At least, tak payah menyusahkan ayah or bangmen yang terpaksa jadi driver ke hulu ke hilir. huhu.

In ward? Mungkin terkena sumpahan gong-gong Mdm Tay, aku masih selalu blur. Uwaa. First day in charge hanya ditemani sister. Dan tak semanis cerita Misiku Kuza kat Astro tu yang boleh lepak-lepak cerita pasal love story with doctor la ape la. First day in charge dah experience kena marah dengan doktor. Haaaa..bes tak bes haha :D Bila fikir balik hal tu, rasa nak tergelak pun ada. Malam tu drive balik dengan rasa nak menangis senangis-nangisnya..ada pulak lagu sedih kat radio. Tapi tak dapat pun nak menangis. Puas cuba keluarkan air mata tak dapat-dapat. Pelik. Mungkin dah terbiasa kena marah dengan Mdm Tay. Kalis dah. haha. Balik, pujuk diri sendiri, motivate diri sendiri. Esoknya bukak buku baru. Habis cite.

Learn from mistake :)

Dah adat freshie, takde pengalaman kerja plak tu. Orang tegur terima je. Even kau rasa macam Ally McBeal yang selalu berfantasi belasah orang bila dia marah kat someone, Senyuuuummm. Buat muka comel walau tak comel mana. There are a loooooooooottt of things yang aku kena belajar walaupun nama je belajar 4 tahun nursing. Tempat baru, start dari A balik la, takde nya terus ke Z. huhu.

Bila jumpa patient dari Sarawak terus rasa macam dorang tu saudara rapat walaupun dorang tak acknowledge kau pun :D Pastu terkeluar lah kamek kitak auk-auk kemeh bagai. haha. Rindu Sarawak seriously.

Akan menikmati percutian 2 hari 3 malam kat rumah paling best kat dunia nih sebelum masuk balik dalam 'dunia orang dewasa' macam yang Fahmi cakap -_-

K baii~! Sekian karangan panjang dari aku.




Sangat-sangat malas dan tak tahu nak update apa-apa kat fb
rasa macammm.... ntah!
Hm, akan aku gagahi jua satu hari nanti ;p







16 August 2013

Bidadari syurga


Khas buat si comel tersayang yang pergi meninggalkan kami tanggal 19 Jun 2013, Allahyarham Wan Iman Zahra (2 tahun, 8 bulan) ;')

Dah nak masuk sebulan, baru maksu ada kekuatan nak tulis pasal ni. InsyaAllah.

Tak ada apa nak ditaip rasanya. Tak tahu apa nak ditaip sebenarnya. Terlalu banyak benda nak diluahkan tapi cukuplah tersimpan dalam fikiran saja. Allah knows.

Allah uji kami lagi ;') Dengan penyakit yang lebih kurang sama, Cancer. Arwah Angah pergi disebabkan kanser tulang. Kali ni, Iman pergi dengan kanser berkaitan darah iaitu Leukemia. Allah.

Memandangkan aku belajar dalam bidang yang melibatkan pesakit, kematian adalah sesuatu yang 'biasa' dilihat sebenarnya. Terus aku diajukan soalan, bukan ke aku dah biasa lihat kematian kat hospital? masih susah kawal perasaan sedih?. Hmmm. Belum habis jawab soalan, airmata laju menuruni pipi. Jujur, aku orang biasa, sedih kehilangan orang tersayang, lebih lagi ahli keluarga bukan calang-calang. Serius aku tak suka bila ada jururawat yang 'mempermainkan' keadaan nazak seseorang. Mereka tak tahu apa yang ahli keluarga dia rasa. Hm.

Rindu bertambah-tambah. Rindu pada arwah abang tersayang masih kuat walaupun dah tujuh tahun pemergian, dan sekarang rindu pada keletah si bijak arwah Iman. Doa-doa daripada kami sentiasa mengiringi mereka, InsyaAllah.

Semoga Allah tabahkan hati kami sekuat-kuatnya dalam menghadapi ujian ini dan ujian-ujian yang akan datang. Jadikan kami hamba yang sentiasa mengingati mati dan lebih dekat dengan-Mu Ya Allah. Amin.

Selalu pujuk diri dengan berfikir yang kita semua pun akan mati. Cuma, giliran mereka bertemu Allah lebih awal berbanding kita. Allah bagi kita peluang kumpul amal dan bertaubat. Berharap sangat dapat berkumpul kembali di alam sana kelak. huhu.

Bergembira di syurga sayang ;') 



Teruskan kehidupan dengan senyuman ;')

11 June 2013

4 years, Love!


Assalammualaikum.

Pejam celik, 4 tahun habis.

Haritu kena marah teruk dengan Madam Tay, rasa nak tercabut jantung bila tak dapat jawab soalan dia.
Harini, peluk-peluk sayang dengan Madam, Madam cakap 'All the best for your future'.

Haritu rasa stress buat FYP, terguling-guling sorang-sorang kat ruang tamu rumah, kertas berselerak macam tengah ambik phD -_-
Harini, eh dah nak ambil hardcover thesis bagi kat library lah. eh eh eh. (Alhamdulillah)

Haritu rasa malas yang amat nak pergi wad, dengar handover blablabla.
Harini rasa berharap dapat peluang macam tu lagi, On other word. dapat kerja la. Amin.

Haritu gaduh-gaduh dengan uncle sebelah rumah. Ayam dia pun jadi mangsa kena marah. Kesian ayam.
Harini, dah kemas-kemas barang. Suka lettew uncle, suka letteeww!!! *geram* haha.

Dengan kawan? Semua jenis deria rasa ada. Hee.

Thank you Allah.

With Madam Tay. Madam paling garang tp paling diingati ;)
Semoga Allah lindungi Madam2, Dr2 semua. 


Nak jadi Mdm Tay versi  lembut. 
hehe. 

06 June 2013

Complicated


Assalammualaikum.

Writing this as my pre LJM exam entri. InsyaAllah exam palingg last dalam hidup (unless aku further study if ada rezeki, tak tau la plak kalau kerja nanti ada main kuiz2).

Berapa hari lagi akan balik Seremban. Yippeeee. Tapiiii.. hm, ada benda sedih menanti. Ya Allah, teguhkan hati kami, jadikan ujian ni sebagai perkara yang merapatkan kami dengan Mu. Amin ;')

And, wedding everywhere. Gambar2 baby kawan sebatch pun dah makin banyak kat facebook. Comel2 plak tu. Geram. (pehlisss takde lagi soalan dari makcik2 caring tanya bila turn aku.. err.. pelikla dengar :[ Serius ) Turn apa nya, hati keras cam hape. Diri sendiri pun tak faham. Hmm -_-

Oh, rasa nak punish diri sendiri banyak2 sebab masih penakut drive kereta. Ini lagilah akan menyusahkan orang fahamm. AAA tolonglah oneday bangun2 tido terus pandai, berani, cool, tak gelabah bawak kete  -_-There are sooo many things I want to do IF I dare to drive the car alone in Seremban (at least). Mari doakan nad beramai2. haha.

Balik nanti dengan title 'budak dah habis belajar' dalam kos rawat2 orang. Some people akan ada high expectation and see me as someone who know everythingggg..as if I am a doctor -_- Habislaaa. Akan ada orang tunjuk bungkusan ubat and tanya soalan pelik2 as if I am a pharmacist -_- Habislaaa. Tahukah anda even belajar 4 tahun pun kadang-kadang boleh terlupa indication ubat paling common like aspirin? Aku la tu.


*Dear future, please be nice to me. Tp kawan cakap 'tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu'. Tau tu. Tapi please be niceee jugak pelisss. ;p
*Dear heartless heart, stop being confuse and curious. Its hurt sometime. Learn to love?
*Dear sayang, cepat-cepat sembuh. Be strong. You are our little princess ;')


Rindu nak main nurse2 ngan budak ni. Ayu dalam gambar, realitinya jeng3. haha. 

06 May 2013

Eventful day



Assalammualaikum.

Currently in Bau. Satu tempat yang sangat peaceful bagi aku. Sampai rasa nak tidur je kat bilik. tapi tak boleh excessive. Exam. T_T

Allah jadikan hari aku pada hari ni challenging. Mungkin tidaklah sebesar mana di mata orang lain. Tapi bagi aku, si learner yang masih cetek ilmu, aku hargai apa yang Allah tunjukkan pada hari ni.

One of the reason, kadang-kadang, aku suka dengan apa yang aku buat sekarang ni (i mean, my course) ialah..mendekatkan aku dengan situation yang tak semua orang kat luar sana tu boleh tengok atau alami depan mata dorang. Apa dia? Kematian.

Almost 4 years being a student nurse, selalu berdepan dengan kematian. Adult lah. Tapi hari ini berdepan dengan kematian seorang bayi, 7 months old. Seorang anak dan cucu yang comel dan montel.

Sangat heartbreaking bila tengok nenek berulang-ulang panggil cucu dia yang dah sejuk untuk bangun. Mak yang mengandungkan baby tu jatuh terkulai dek terkejut.

Semoga mereka dapat bersabar. Ya, sakit hilang orang yang kita sayang buat selama-lamanya.

Sabar, cekalkan hati hadap situasi sukar, manusia bermacam perangai. 

Sekarang semakin peka dengan keadaan sekeliling. Caring terlebih? Er not sure. Just, bila kita dah tahu, dah ada ilmu (walaupun sikit), automatik nak praktikkan.

Ya Allah, semoga apa yang aku belajar dapat aku manfaatkan sebaik-baiknya.




Wahai otak tersayang,
 semoga senang absorb segala benda yang dibaca dan ingat sampai mati.

20 April 2013

Orang Istimewa (Oi)



Assalammualaikum

Alhamdulillah dapat peluang untuk ziarah orang2 tua kat Rumah Seri Kenangan.

Secara tiba2. Takde dalam plan. Terima kasih Allah :)

Langkah kanan orang kata, ada majlis, terus dipelawa ke meja makan ala2 VIP. Siap ber-usher2 lagi kau. Tak nahan, padahal pakai crocs comot dah lama tak basuh. Bedal jelah. Terus teringat cerita hindustan 3 idiots. Datang makan kat majlis yang takde kaitan ngan kita. haha :p (terima kasih kat makcik yang sudi pelawa ktorang masuk even ktorg nak tengok nenek2 je sebenarnya.hehe)

Duduk dalam kekeliruan. Majlis apa nih -_-

*tengok stage*

Oh, majlis anugerah pelatih n majlis harijadi beramai-ramai. Alolo comelnya. hik2.


Majlis ni untuk sambut pelatih2 OKU yang dah tamat latihan dan sambut harijadi dorang (kalau tak silap, tadi terlalu fokus makan).

Masing2 tamat latihan bagi kemahiran yang kita rasa mungkin nampak kecik tapi pencapaian besar untuk dorang. Macam convocation day tahu, cuma takde jubah je. hihi.

Dann.. tahukah anda bahawa duduk dalam majlis camni kadang-kadang rasa lebih best dari duduk dalam majlis dinner yang glemer-glemer, bling-bling semua tuh.

nek saripah. pernah bagi kasut kat dia. tapi tadi dia berkaki ayam -_-
 mana nek letak kasut tu nek oii. 

Akan selalu rindu kat penghuni RSK. Akan selalu adore/kagum kat orang-orang kurang upaya [yang aku lebih suka untuk panggil sebagai Oi (orang istimewa)]

Kita yang normal (dari mata kasar) ni? sila bersyukur banyak2. 







04 April 2013

Tiny thought #11


Assalammualaikum


Currently in ____ state. Dont know how to describe. 
*Apa masalah kauu niii -_-* 

Allah T_T 

Only Allah knows. 

That moment..
kau rasa kau malas nak jumpa orang.
kau malas nak cakap even sepatah perkataan pun.
kau nak blah dari tempat yang crowded, riuh, hiruk pikuk bagai.
kau nak duduk kat satu tempat diam-diam.
kau ingat kat Allah. And kau rasa nak nangis
kau bermonolog dalaman sorang-sorang. dan fikir macam-macam.

that moment..
when everything went wrong. 
you felt something that you cant describe.
not a good feeling. No. 


Sangat tenang. Imagine ada kat sini time2 tak betul cam skang ni. Besnyaa. Siapa punya ni? Mestilah Allah ;)




Astaghfirullahalazim. 


or it just pms.
Sabar jelah. 



31 March 2013

Ku katakan dengan indah


Assalammualaikum 


Reminiscing memories. *konon* 


Ku katakan dengan indah
Dengan terbuka
Hatiku hampa
Sepertinya luka
Menghampirinya

Kau beri rasa
Yang berbeda
Mungkin ku salah
Mengartikannya
Yang ku rasa cinta

Tetapi hatiku
Selalu meninggikanmu
Terlalu meninggikanmu
Selalu meninggikanmu

Kau hancurkan hatiku
Hancurkan lagi
Kau hancurkan hatiku
Tuk melihatmu
Kau terangi jiwaku
Kau redupkan lagi
Kau hancurkan hatiku
Tuk melihatmu

Kau buatku terjatuh
Dan tejatuh lagi
Membuatku merasakan yang tlah terjadi
Semua yang terbaik dan yang terlewati
Semua yang terhenti tanpa ku akhiri



Still remember about this song? I still remember. You? 


Ingat, dengar. Tak memberi apa-apa kesan. Immune. 
Honestly, lagu yang best. Lagi2 versi Yuna :) 
Btw,. Lagu ni dah tak tersenarai dalam carta dah. B)
So what's new? 
None. Maybe. 

17 March 2013

How to deal with a pessimist?


Assalammualaikum

Whatt a lazyyy sundayyy. Whoaa :O

" Refusing to take the next step because you fear failure creates pessimism" - Dan Rockwell. 

Do you ever face with someone who has a very pessimistic mind? Seriously tak ada idea macam mana nak deal dengan orang begini. -_-

 Oh ye, aku bukanlah  veryy-verryy optimist person sepenuh masa sebab ada masa aku terasa aku pun such a pessimist jugak. Takut nak buat something sebab macam takut nak deal dengan akibat perbuatan aku tu. EEE. penakott. Boooo.

BUT.
Aku nak, aku harap, aku mahu dan aku akan cuba untuk control my pessimistic thinking dari conquer aku punya mind and feeling. Certain time boleh, TAPI bukan all time nak berfikiran negatif. Semua tak boleh, semua susah, semua salah kau, semua kau jadik mangsa, senang citer semua benda kau lah yang tanggung dan mangsa keadaan. Booooooringgggg~~ seriously.

Aku wonder camne a very pessimistic person bergumbira dalam life dorang. What things really can make them happy actually. Hmmmmm.. *think*

Bila argue atau discuss with a pessimist person, aku just end up dengan silence. confuse. Takkan nak bagi lecture motivation plak kat dorang. haha. cant imagine -_-'

Hmm.. orang cakap life ni macam bola la, roller coaster la pe la. Which is quite true. Ada up and down. Mak pun selalu ingatkan pasal benda tu. Bila aku menangis depan dia sebab kesalahan tak sengaja yang aku buat, yang pada aku rasa besaaar gilaaa la problem tu. Rasa macam end of the world da :D My lovely mak akan ingatkan yang benda tu biasa. Kalau tak hadap benda2 sakit hati macam tu, camne nak belajar. No wonder mak sangat cool even ada masalah yang boleh melelehkan airmata dia bila-bila masa ;')

Lepas ni aku pilih untuk lari. Lari dari si pessimist. Sebab penyakit tu macam boleh berjangkit je. So, larrrriiiiik laju2 dari golongan itu!.

Kalau diri terjerumus dengan penyakit pessimist, lempang muka kuat2. Pastu bukak buku Dr Fadzilah Kamsah, baca! Beli buku motivation, buku agama banyak2. baca quote2 inspiring!. (advice buat diri sendiri. aku hamba banyak weakness, senang lupa plak tu. hewhew )




Bukan kau sorang ada masalah. See on brightside peliss. 



Realist. 

15 March 2013

Pendidikan seni


Assalammualaikum.

Teringat masa dulu-dulu.

Masa kotak ubat gigi aku rasa benda paling berharga kat dunia ni. Sebab cikgu PS (Pendidikan Seni) soh bawak. Ada budak tak bawak sebab mak dia dah buang dalam tong sampah.

Tak pun tempurung kelapa mak parut. Cari yang cantik2, high kualiti punya sebab nak lawan ngan tempurung kelapa kawan. Kat kelas warna2 benda tu.

Amik kentang mak, patut buat gulai, tapi kena ukir untuk jadikan cop. Bawang turut serta -_-

Malam2 pergi bawah pokok cari ranting kayu. Untuk jadi batang pokok dalam lukisan. Kalau batang aiskrim tu dah macam cantik sangat dah.

Kalau tak dapat bawak apa yang cikgu suruh bawak, rasa macam sedih, terasing nih. haha. over.

pastu kawan cakap. " wei, nanti cikgu marah ah kau tak bawak"

terus tachycardia. berpeluh. "cane ni..cane ni.."

: D


Comelnya zaman dolu2.. Zaman sekarang ada lagi ke. Kalau tak ada, kat anak aku nanti aku buat. Mihmihmih.



09 March 2013

Simple

Assalammualaikum.


Oh, hai new template. Baju baru untuk comot kicik. hihi.

and goodbye overpinkinazation (word baru) derived from overwafarinazation (diagnosis patient kat wad sebab terlebih warfarin, in my case, terlebih pink?) ;p

Adakah ini petanda kedewasaan dimana tahap ke-obses-an terhadap pink dah semakin stabil? Er ada kaitan?

Dunno, nak benda simple. tenang. tak serabut. and mahu mengurangkan habit menepek gambar sendiri di mana2. Satu dua cukuplah kot (InsyaAllah).

Untuk dua tiga bulan akan datang, akan jadi bulan2 yang hebat. Hebat dari segi mental fizikal. Nanges. Ya Allah berikan kekuatan pada kami.


Ok bye.

01 March 2013

Realiti dan Mati





Cuaca sering berubah. Same goes to people.
Ya Allah, jadikan aku hamba yang sering mengingati mati.  Hapuskan segala hasad dengki, sifat2 yang Engkau benci dari hati ini. Jangan biarkan aku menyakiti hati orang lain secara sengaja atau tidak sengaja.

Patient Bed 10.

Hati begitu tersentap dengan pemergian seorang pesakit tua di wad. Seorang atok berlainan agama. Sehari sebelum dia pergi, berpeluang untuk menyuapkan makanan (agak banyak) kat dia walaupun dia antara pesakit yang paling liat nak makan/minum sampai akak2 nurse dah penat nak suruh dia makan. Gembira sangat bila dia terima pujukan untuk makan.

"Bismillahirrahmanirrahim, Aaaaa.. "(sambil suap atok nasik dengan lauk ayam)

Sambil suap makan, mulut tak habis2 membebel. Bukan bebelan kosong tapi penguat semangat. Entah atok faham ke tak. Dia iban yang tak reti bahasa melayu dan aku melayu. Tak kisah, yang penting nak bagi semangat banyak2. Sambil suap tu, tepuk2 bahu atok untuk bagitau kat dia, dia baik haritu sebab nak makan. Kalau kat budak, macam nak bagitahu.. ' Gudd boyyyy'. Aha. Paham? tak paham ignore. hehe susah nak explain. Selesai makan, nampak atok senyum dan sendawa. Ya Allah, happynya!

Esok nya, nampak nurse bawak laringoscope. Selalu guna masa resuscitation. Langsir depan bilik atok, dibukak. Jengah bilik 10, tengok sekujur tubuh berselimut menutupi kepala. Tangan terkulai keluar.

 Terkejut. Sangat.

Rest in peace Atok Anggo. Perhaps the food that I fed you was your last meal.


Surah Al-Ankabut, Ayat 64.

"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui"


Dunia vs Akhirat



03 February 2013

Tiny thought #10 (versi panjang)



Assalammualaikum

Soo, here is my thinking. (tetibe)

Online2, fesbuk2, then tengok2 post orang, well lagak orang dah habis keje.

Mata tertarik kat satu post ni. Pasal satu love quote ni.

"If you love someone, set him/them free~ If he/they love you, they will come back eventually~~" 

Oh, yes. this is one of favourite quotes aku (sampai letak kat bawah pic lagi tu. hihi)

Kawan aku, share someone punya post, pasal quote ni. Orang tu sangat tak setuju dengan quote tu dan bagi sebab2 dia. Bunyi dia lebih kurang camni.. (amik certain part saja sebab panjang sangat)

terima kasih tuhan kerana tak pernah mengembalikan apa yang KONON2 aku biarkan TERBANG pergi.

kenapa kita nak balik orang yang SANGGUP tinggalkan kita, biar kita hancur macam mak bapak kita tak pernah tatang kita sepenuh nyawa, kemudian balik pada kita SELEPAS dia sedar memang tak akan ada sesiapa yang SANGGUP kasihkan dia sehebat kecekalan kita?


betul jugak apa dia cakap. IF kita tengok dari sisi si A yang kena tinggal dengan B. Orang dah taknak kan, buat apa nak tunggu2 lagi dan buat apa seksa diri sendiri lama2 . And aku pun tak suka if someone balik kat kita sebab dia tak jumpa orang lain/ tak ada orang nak kat dia/ tak jumpa orang yang tahan dengan perangai dia. Macam lah kita ni perempuan spare part. Tak jumpa yang baru, baru terhegeh-hegeh nak kat lama.

Oh tu dari thinking yang situasi si A la.

Apa yang aku fikir bila tengok quote ni tidak la se-panas macam diatas. Aku pikir lain pulak. Ehh.haha.

Camne eh nak cakap (malu2 kucin).. Quote tu bagi aku macam, kalau kita suka kat orang. tak semestinya kita kena jadikan dia hakmilik serta merta. Lagiii2 kalau kau tak ada relationship yang halal dengan dia. huhu.
Lagi satu, by setting him/them free... time tulah kita boleh tengok dia macam mana, senang kata kesetiaan dia (cewah). Yelah, time dia 'free'/berterbangan secara bebas tu, dia bebas nak pilih sesiapa, nak ada skandal dengan siapa2, banyak mana, nak kahwin dengan siapa. Bagi aku, time tulah dia jadi diri sendiri.

Kalau sepanjang dia 'free' tu dia still single, still harap/doa/mahu kau jadi soulmate a.k.a wife dia, berusaha secara baik, tak ada benda2 yang kita tak suka dia buat, dia buat. Hm. maybe dia deserve a chance kan. Mayybeee. haha. kedekut :p Pastu tup2 dia jumpa mak ayah kau, mintak kebenaran sume *guna right way n gentleman . Haa. Yang ni bagi aku part 'he/they will come back eventually~~' Ecece.

Ni pemikiran aku lah. Aku tak cakap apa aku fikir betul 100%, dan apa yang orang fikir tadi tu salah. Tak, tak, tak. Semua orang ada pandangan masing2. Lagi2 daydreamer cam aku, lagi lah macam2 aku fikirkan :D



Enough talking about love. Sambung tengok hindustan.



Semoga kita semua peroleh cinta orang yang mencintai Allah :)









23 January 2013

Berani



Assalammualaikum.

Sedang aku uruskan urusan2 yang aku tak suka, akak kaunter tanya.

'Study mana'
'UNIMAS, Sarawak'
'Aishh, jauhnyaa dik, memang pilih ke'
'*senyummmm*'

Habis urusan, akak kaunter pandang dengan muka kagum kat aku.

'Anak sulung ea'
'Tak, bongsu'
'Berani lah awak ni..'
'*confuse* -_-'

Tiba2 si ayah mencelah.
'biar dia rasa duk jauh2, sebelum ni memang hantar dia kat asrama. Serting, Londang, kali ni biar pergi Sarawak pulak, bagi dia merantau kat tempat orang'

'Hamboii ayah~ T_T'

Berani? pelik pulak bila dengar. Is it dengan study kat Sarawak terus dapat gelaran berani. Macam tempat berperang pulak Sarawak ni kan. Belum lagi kalau pergi Palestin :)

Ikut hati. Nak pergi laaagi jauh. Nak rasa berani, bukan setakat hidup kat tempat yang jauhh dari tempat asal kita. Mulakan sesuatu, cari inisiatif tanpa bergantung dengan orang lain itu pun berani. Mampu adaptkan diri dalam persekitaran asing (tak semestinya tempat yang jauh), itu pun berani.

Oh ye, tak perlu jadi terlalu berani. Dan tak perlu jugak jadi si penakut. Sederhana.


Dalam keadaan terdesak, automatik akan jadi berani. 
Annnd thats whyyyy, 
aku sanggup panggil mekanik India (ntah sapa2) 
untuk betulkan cara parking aku tadi bila dah tatau nak mintak tolong kat sapa -_-
Parking FAILED.  




14 January 2013

Tiny thought #9



Assalammualaikum.

Few days more to go back home. Wee~ Perhaps the last holiday. Lepas ni cuti terus. InsyaAllah. Aminn.

Akan mengepack barang. Benda yang aku sangat lemah dan tak suka buat. Bila agaknya dapat balik dengan berlenggang kangkung. Me? NO WAY. Jeles okay tengok orang yang jenis simple2 balik barang tak banyak :(

Cuti ni, macam biasa akan bawa balik 'kerja sekolah'. And dah dapat bayangkan apa yang ayah akan cakap nanti. 'Banyak sangat ke kerja dik, asyik buat kerja je tengok' (last holiday punya quote). Terus rasa cam budak skema nerdy yang rajin buat assignment even time cuti. Kalau lahh ayah tahu camne aku berperang dengan sifat malas just untuk make sure kerja jalan. T___T

Tapi honestly. I need to go back. Tak kisah buat kerja even cuti. Suka :) No pressure. No uncle (haha).

Hope everything akan berjalan lancar. Amin.


06 January 2013

Kisah Rasullullah S.A.W dan Kisah aku.


Assalammualaikum. and happy weekend.


Ahad aku bermula dengan hal yang tak berapa best. Dibangunkan dengan bunyi bising jiran sebelah yang mencari pasal, sengaja menghentam besi dengan berus cat (hah? motif?). dan apabila aku tinjau sikiiit kat tingkap untuk tengok sumber bunyi bising tu. Lantas mendapat carutan free laju-laju dari beliau yang sememangnya telah bersedia untuk attack. FUH. sabar.

Sebelum ni pernah TERmeletup dengan beliau. Kali ni NO NO NO. Buruk perangai tahu?
Kau tu perempuan and Muslim. Bear in mind, you are muslim. Muslim tak buat perangai hodoh camtu faham.

And teringat kisah Rasullullah S.A.W dengan seorang perempuan buta yahudi.

Aku rasa memang sangat2 sesuai buat aku (yang macam volcano) ni untuk dijadikan teladan and ikutan.

Cerita sket secara ringkas. (first time dengar kisah ni waktu sekolah dulu)

Menjadi rutin harian bagi Rasullullah, Baginda setiap hari akan memberi makan kat perempuan yahudi buta tu . Waktu Baginda beri makan, perempuan tu akan memaki hamun baginda. Walaupun camtu, baginda still bagi makan sampai lah Baginda wafat.

Then, sahabat Rasullullah S.A.W, Saidina Abu Bakar tanya kat isteri nabi Saidatina Aisyah apa lagi rutin Baginda yang dia belum buat. So Aisyah bagitau yang Rasullullah akan beri makan seorang yahudi perempuan yang buta setiap hari.

So, Saidina Abu Bakar pun berilah makan kat perempuan buta tu. And macam biasa perempuan tu still memaki Rasullullah. Satu ketika, perempuan tu ludah balik makanan yang disuap Saidina Abu Bakar and cakap dia tahu yang suap dia tu bukan orang yang biasa suap dia sebab orang yang suap dia selalunya akan suap dia dengan cara yang sangat lembut. Then, Saidina Abu Bakar pun bagitau la yang orang yang selalu suap dia tu dah wafat and orang tu ialah Rasullullah S.A.W. Perempuan buta tu terkejut and menangis.

Hmmm :)


So, aku kena sabar, sabar dan sabar. InsyaAllah. huhu.




05 January 2013

Dream




Writing this sebelum study for exam. Panaskan enjin orang kata. (tak tau apa kaitan blog dengan notes) 

Hmm, so petang tadi aku tidur. Tidur petang. Yea, tak bagus. huhu

Aku mimpi, and ada arwah Angah dalam mimpi tu ;') 

actually bukan tadi je, before2 ni pernah and selalu mimpi arwah angah. Dalam mimpi tu kitorang tak akan bercakap. Tapi aku akan rasa sangat happy and nak dekat je dengan dia. Wajah dia tenang. 
And dalam mimpi tu jugak aku macam dah memang tahu yang dia dah tak ada so aku cuba sedaya upaya nak cakap kat dia yang aku rindu and sayang dia sangaaatt2. Tapi mulut macam kena kunci, dapat pandang je. huhu :( 

Pernah dengar orang cakap kalau kita mimpi seseorang yang dah tak ada, and tak bercakap, MAYBE tu betul2 dia. Wallahualam. Allah lebih Mengetahui. 

I would really appreciate if that is the way yang Allah bagi kat aku untuk lepaskan rindu kat arwah. 

Realiti kita tak dapat jumpa, hanya dalam mimpi. :) 

Al-Fatihah to my dearest brother, Mohd Ridzuan. 
will always miss you even its already 7 years you left us. 

01 January 2013

Twenty Thirteen


Assalammualaikum

Instead of wishing a happy new year, aku nak wish 'Survive the new year everyone!' hee

Harini cuti dan bangun awal (walaupun semalam tidur lambat), and it is not normal for me. Semua sebab exam, and work, work, work yang tak settle2. Haih. whhhhyyyy i'm doing it so slowwww. Tapi takpe, ada orang cakap baik buat dari tak buat langsung kan.

Azam tahun baru? Dah lama tak buat. Or. Kalau buat pastu tengah tahun cam 'eh, aku ada buat wishlist ke untuk tahun ni' -_-

This year? Hmmmmm.. let see. Tahun yang agak lain dari tahun yang lain. The big thing in 2013 is InsyaAllah akan habis degree (after 4 years study, kejap je masa berlalu) and start working for real? (err..nerne nerves!)

So, nak buat azam. *muka semangat*

All the azamss aku tulis dalam diari jela. More confidential. Heh ;p


Thank you Allah  <3 p="p">