23 January 2013

Berani



Assalammualaikum.

Sedang aku uruskan urusan2 yang aku tak suka, akak kaunter tanya.

'Study mana'
'UNIMAS, Sarawak'
'Aishh, jauhnyaa dik, memang pilih ke'
'*senyummmm*'

Habis urusan, akak kaunter pandang dengan muka kagum kat aku.

'Anak sulung ea'
'Tak, bongsu'
'Berani lah awak ni..'
'*confuse* -_-'

Tiba2 si ayah mencelah.
'biar dia rasa duk jauh2, sebelum ni memang hantar dia kat asrama. Serting, Londang, kali ni biar pergi Sarawak pulak, bagi dia merantau kat tempat orang'

'Hamboii ayah~ T_T'

Berani? pelik pulak bila dengar. Is it dengan study kat Sarawak terus dapat gelaran berani. Macam tempat berperang pulak Sarawak ni kan. Belum lagi kalau pergi Palestin :)

Ikut hati. Nak pergi laaagi jauh. Nak rasa berani, bukan setakat hidup kat tempat yang jauhh dari tempat asal kita. Mulakan sesuatu, cari inisiatif tanpa bergantung dengan orang lain itu pun berani. Mampu adaptkan diri dalam persekitaran asing (tak semestinya tempat yang jauh), itu pun berani.

Oh ye, tak perlu jadi terlalu berani. Dan tak perlu jugak jadi si penakut. Sederhana.


Dalam keadaan terdesak, automatik akan jadi berani. 
Annnd thats whyyyy, 
aku sanggup panggil mekanik India (ntah sapa2) 
untuk betulkan cara parking aku tadi bila dah tatau nak mintak tolong kat sapa -_-
Parking FAILED.  




14 January 2013

Tiny thought #9



Assalammualaikum.

Few days more to go back home. Wee~ Perhaps the last holiday. Lepas ni cuti terus. InsyaAllah. Aminn.

Akan mengepack barang. Benda yang aku sangat lemah dan tak suka buat. Bila agaknya dapat balik dengan berlenggang kangkung. Me? NO WAY. Jeles okay tengok orang yang jenis simple2 balik barang tak banyak :(

Cuti ni, macam biasa akan bawa balik 'kerja sekolah'. And dah dapat bayangkan apa yang ayah akan cakap nanti. 'Banyak sangat ke kerja dik, asyik buat kerja je tengok' (last holiday punya quote). Terus rasa cam budak skema nerdy yang rajin buat assignment even time cuti. Kalau lahh ayah tahu camne aku berperang dengan sifat malas just untuk make sure kerja jalan. T___T

Tapi honestly. I need to go back. Tak kisah buat kerja even cuti. Suka :) No pressure. No uncle (haha).

Hope everything akan berjalan lancar. Amin.


06 January 2013

Kisah Rasullullah S.A.W dan Kisah aku.


Assalammualaikum. and happy weekend.


Ahad aku bermula dengan hal yang tak berapa best. Dibangunkan dengan bunyi bising jiran sebelah yang mencari pasal, sengaja menghentam besi dengan berus cat (hah? motif?). dan apabila aku tinjau sikiiit kat tingkap untuk tengok sumber bunyi bising tu. Lantas mendapat carutan free laju-laju dari beliau yang sememangnya telah bersedia untuk attack. FUH. sabar.

Sebelum ni pernah TERmeletup dengan beliau. Kali ni NO NO NO. Buruk perangai tahu?
Kau tu perempuan and Muslim. Bear in mind, you are muslim. Muslim tak buat perangai hodoh camtu faham.

And teringat kisah Rasullullah S.A.W dengan seorang perempuan buta yahudi.

Aku rasa memang sangat2 sesuai buat aku (yang macam volcano) ni untuk dijadikan teladan and ikutan.

Cerita sket secara ringkas. (first time dengar kisah ni waktu sekolah dulu)

Menjadi rutin harian bagi Rasullullah, Baginda setiap hari akan memberi makan kat perempuan yahudi buta tu . Waktu Baginda beri makan, perempuan tu akan memaki hamun baginda. Walaupun camtu, baginda still bagi makan sampai lah Baginda wafat.

Then, sahabat Rasullullah S.A.W, Saidina Abu Bakar tanya kat isteri nabi Saidatina Aisyah apa lagi rutin Baginda yang dia belum buat. So Aisyah bagitau yang Rasullullah akan beri makan seorang yahudi perempuan yang buta setiap hari.

So, Saidina Abu Bakar pun berilah makan kat perempuan buta tu. And macam biasa perempuan tu still memaki Rasullullah. Satu ketika, perempuan tu ludah balik makanan yang disuap Saidina Abu Bakar and cakap dia tahu yang suap dia tu bukan orang yang biasa suap dia sebab orang yang suap dia selalunya akan suap dia dengan cara yang sangat lembut. Then, Saidina Abu Bakar pun bagitau la yang orang yang selalu suap dia tu dah wafat and orang tu ialah Rasullullah S.A.W. Perempuan buta tu terkejut and menangis.

Hmmm :)


So, aku kena sabar, sabar dan sabar. InsyaAllah. huhu.




05 January 2013

Dream




Writing this sebelum study for exam. Panaskan enjin orang kata. (tak tau apa kaitan blog dengan notes) 

Hmm, so petang tadi aku tidur. Tidur petang. Yea, tak bagus. huhu

Aku mimpi, and ada arwah Angah dalam mimpi tu ;') 

actually bukan tadi je, before2 ni pernah and selalu mimpi arwah angah. Dalam mimpi tu kitorang tak akan bercakap. Tapi aku akan rasa sangat happy and nak dekat je dengan dia. Wajah dia tenang. 
And dalam mimpi tu jugak aku macam dah memang tahu yang dia dah tak ada so aku cuba sedaya upaya nak cakap kat dia yang aku rindu and sayang dia sangaaatt2. Tapi mulut macam kena kunci, dapat pandang je. huhu :( 

Pernah dengar orang cakap kalau kita mimpi seseorang yang dah tak ada, and tak bercakap, MAYBE tu betul2 dia. Wallahualam. Allah lebih Mengetahui. 

I would really appreciate if that is the way yang Allah bagi kat aku untuk lepaskan rindu kat arwah. 

Realiti kita tak dapat jumpa, hanya dalam mimpi. :) 

Al-Fatihah to my dearest brother, Mohd Ridzuan. 
will always miss you even its already 7 years you left us. 

01 January 2013

Twenty Thirteen


Assalammualaikum

Instead of wishing a happy new year, aku nak wish 'Survive the new year everyone!' hee

Harini cuti dan bangun awal (walaupun semalam tidur lambat), and it is not normal for me. Semua sebab exam, and work, work, work yang tak settle2. Haih. whhhhyyyy i'm doing it so slowwww. Tapi takpe, ada orang cakap baik buat dari tak buat langsung kan.

Azam tahun baru? Dah lama tak buat. Or. Kalau buat pastu tengah tahun cam 'eh, aku ada buat wishlist ke untuk tahun ni' -_-

This year? Hmmmmm.. let see. Tahun yang agak lain dari tahun yang lain. The big thing in 2013 is InsyaAllah akan habis degree (after 4 years study, kejap je masa berlalu) and start working for real? (err..nerne nerves!)

So, nak buat azam. *muka semangat*

All the azamss aku tulis dalam diari jela. More confidential. Heh ;p


Thank you Allah  <3 p="p">