23 January 2013

Berani



Assalammualaikum.

Sedang aku uruskan urusan2 yang aku tak suka, akak kaunter tanya.

'Study mana'
'UNIMAS, Sarawak'
'Aishh, jauhnyaa dik, memang pilih ke'
'*senyummmm*'

Habis urusan, akak kaunter pandang dengan muka kagum kat aku.

'Anak sulung ea'
'Tak, bongsu'
'Berani lah awak ni..'
'*confuse* -_-'

Tiba2 si ayah mencelah.
'biar dia rasa duk jauh2, sebelum ni memang hantar dia kat asrama. Serting, Londang, kali ni biar pergi Sarawak pulak, bagi dia merantau kat tempat orang'

'Hamboii ayah~ T_T'

Berani? pelik pulak bila dengar. Is it dengan study kat Sarawak terus dapat gelaran berani. Macam tempat berperang pulak Sarawak ni kan. Belum lagi kalau pergi Palestin :)

Ikut hati. Nak pergi laaagi jauh. Nak rasa berani, bukan setakat hidup kat tempat yang jauhh dari tempat asal kita. Mulakan sesuatu, cari inisiatif tanpa bergantung dengan orang lain itu pun berani. Mampu adaptkan diri dalam persekitaran asing (tak semestinya tempat yang jauh), itu pun berani.

Oh ye, tak perlu jadi terlalu berani. Dan tak perlu jugak jadi si penakut. Sederhana.


Dalam keadaan terdesak, automatik akan jadi berani. 
Annnd thats whyyyy, 
aku sanggup panggil mekanik India (ntah sapa2) 
untuk betulkan cara parking aku tadi bila dah tatau nak mintak tolong kat sapa -_-
Parking FAILED.  




4 comments:

  1. hahahha..g mna wei perlu parking tu?lawak r ko...hahahaha..ntah india mn ko pgil mntak tlg..hehehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pegi bank dekat umah aku je ponnn. hahaha. dekat2 tempat parking tu ada bengkel kete, aku mintak tolong la mekanik kat ctu. haa. punya la tak malu kan XD

      Delete
  2. singgah sini.. so how's sarawak? okay? sya study kat uitm.. berjiran dgn unimas.. hee :)

    ReplyDelete
  3. sarawak is greattt :) gonna miss sarawak after grad nanti. oo. hye jiran! hehe

    ReplyDelete