06 January 2013

Kisah Rasullullah S.A.W dan Kisah aku.


Assalammualaikum. and happy weekend.


Ahad aku bermula dengan hal yang tak berapa best. Dibangunkan dengan bunyi bising jiran sebelah yang mencari pasal, sengaja menghentam besi dengan berus cat (hah? motif?). dan apabila aku tinjau sikiiit kat tingkap untuk tengok sumber bunyi bising tu. Lantas mendapat carutan free laju-laju dari beliau yang sememangnya telah bersedia untuk attack. FUH. sabar.

Sebelum ni pernah TERmeletup dengan beliau. Kali ni NO NO NO. Buruk perangai tahu?
Kau tu perempuan and Muslim. Bear in mind, you are muslim. Muslim tak buat perangai hodoh camtu faham.

And teringat kisah Rasullullah S.A.W dengan seorang perempuan buta yahudi.

Aku rasa memang sangat2 sesuai buat aku (yang macam volcano) ni untuk dijadikan teladan and ikutan.

Cerita sket secara ringkas. (first time dengar kisah ni waktu sekolah dulu)

Menjadi rutin harian bagi Rasullullah, Baginda setiap hari akan memberi makan kat perempuan yahudi buta tu . Waktu Baginda beri makan, perempuan tu akan memaki hamun baginda. Walaupun camtu, baginda still bagi makan sampai lah Baginda wafat.

Then, sahabat Rasullullah S.A.W, Saidina Abu Bakar tanya kat isteri nabi Saidatina Aisyah apa lagi rutin Baginda yang dia belum buat. So Aisyah bagitau yang Rasullullah akan beri makan seorang yahudi perempuan yang buta setiap hari.

So, Saidina Abu Bakar pun berilah makan kat perempuan buta tu. And macam biasa perempuan tu still memaki Rasullullah. Satu ketika, perempuan tu ludah balik makanan yang disuap Saidina Abu Bakar and cakap dia tahu yang suap dia tu bukan orang yang biasa suap dia sebab orang yang suap dia selalunya akan suap dia dengan cara yang sangat lembut. Then, Saidina Abu Bakar pun bagitau la yang orang yang selalu suap dia tu dah wafat and orang tu ialah Rasullullah S.A.W. Perempuan buta tu terkejut and menangis.

Hmmm :)


So, aku kena sabar, sabar dan sabar. InsyaAllah. huhu.




2 comments:

  1. salam..naddy syg..uncle wat hal lg ker??mst dia rindu nih..hehehe..sekadar perkongsian..aq pena gak dgr cta ttg Rasulullah yg ko ckp tu.ustaz aq cta..n aq penah bca gak..n if x clap,yg perempuan yahudi tu bkn jiran Rasulullah..dia adalah seorg pengemis buta yg tua d tgh pekan.. Dia dpt detect org yg suap dia tu bkn org yg biasa suap dia coz bila Rasulullah S.A.W suap dia dulu,Rasullulah S.A.W akan kunyah dulu mknn tersebut n bg perempuan tua buta tu mkn kunyahan baginda..berbeza dgn cr Abu Bakar suap dia trus..wallahualam...tapi apa yg d sampaikn sama la...kta tetap kena buat baik kat org wpun org tu jht kat kta :) btul x?hehehhe..All the best for ur exam deng..hehehhe.. saja blogwalking cnie utk krgkn stress~

    ReplyDelete
  2. yup2. lebih kurang camtu la. haha. dengar last time sekolah so dah berapa nak ingat. will be edited. hehe. tenkiu dear.

    ReplyDelete