03 February 2013

Tiny thought #10 (versi panjang)



Assalammualaikum

Soo, here is my thinking. (tetibe)

Online2, fesbuk2, then tengok2 post orang, well lagak orang dah habis keje.

Mata tertarik kat satu post ni. Pasal satu love quote ni.

"If you love someone, set him/them free~ If he/they love you, they will come back eventually~~" 

Oh, yes. this is one of favourite quotes aku (sampai letak kat bawah pic lagi tu. hihi)

Kawan aku, share someone punya post, pasal quote ni. Orang tu sangat tak setuju dengan quote tu dan bagi sebab2 dia. Bunyi dia lebih kurang camni.. (amik certain part saja sebab panjang sangat)

terima kasih tuhan kerana tak pernah mengembalikan apa yang KONON2 aku biarkan TERBANG pergi.

kenapa kita nak balik orang yang SANGGUP tinggalkan kita, biar kita hancur macam mak bapak kita tak pernah tatang kita sepenuh nyawa, kemudian balik pada kita SELEPAS dia sedar memang tak akan ada sesiapa yang SANGGUP kasihkan dia sehebat kecekalan kita?


betul jugak apa dia cakap. IF kita tengok dari sisi si A yang kena tinggal dengan B. Orang dah taknak kan, buat apa nak tunggu2 lagi dan buat apa seksa diri sendiri lama2 . And aku pun tak suka if someone balik kat kita sebab dia tak jumpa orang lain/ tak ada orang nak kat dia/ tak jumpa orang yang tahan dengan perangai dia. Macam lah kita ni perempuan spare part. Tak jumpa yang baru, baru terhegeh-hegeh nak kat lama.

Oh tu dari thinking yang situasi si A la.

Apa yang aku fikir bila tengok quote ni tidak la se-panas macam diatas. Aku pikir lain pulak. Ehh.haha.

Camne eh nak cakap (malu2 kucin).. Quote tu bagi aku macam, kalau kita suka kat orang. tak semestinya kita kena jadikan dia hakmilik serta merta. Lagiii2 kalau kau tak ada relationship yang halal dengan dia. huhu.
Lagi satu, by setting him/them free... time tulah kita boleh tengok dia macam mana, senang kata kesetiaan dia (cewah). Yelah, time dia 'free'/berterbangan secara bebas tu, dia bebas nak pilih sesiapa, nak ada skandal dengan siapa2, banyak mana, nak kahwin dengan siapa. Bagi aku, time tulah dia jadi diri sendiri.

Kalau sepanjang dia 'free' tu dia still single, still harap/doa/mahu kau jadi soulmate a.k.a wife dia, berusaha secara baik, tak ada benda2 yang kita tak suka dia buat, dia buat. Hm. maybe dia deserve a chance kan. Mayybeee. haha. kedekut :p Pastu tup2 dia jumpa mak ayah kau, mintak kebenaran sume *guna right way n gentleman . Haa. Yang ni bagi aku part 'he/they will come back eventually~~' Ecece.

Ni pemikiran aku lah. Aku tak cakap apa aku fikir betul 100%, dan apa yang orang fikir tadi tu salah. Tak, tak, tak. Semua orang ada pandangan masing2. Lagi2 daydreamer cam aku, lagi lah macam2 aku fikirkan :D



Enough talking about love. Sambung tengok hindustan.



Semoga kita semua peroleh cinta orang yang mencintai Allah :)









No comments:

Post a Comment