31 March 2013

Ku katakan dengan indah


Assalammualaikum 


Reminiscing memories. *konon* 


Ku katakan dengan indah
Dengan terbuka
Hatiku hampa
Sepertinya luka
Menghampirinya

Kau beri rasa
Yang berbeda
Mungkin ku salah
Mengartikannya
Yang ku rasa cinta

Tetapi hatiku
Selalu meninggikanmu
Terlalu meninggikanmu
Selalu meninggikanmu

Kau hancurkan hatiku
Hancurkan lagi
Kau hancurkan hatiku
Tuk melihatmu
Kau terangi jiwaku
Kau redupkan lagi
Kau hancurkan hatiku
Tuk melihatmu

Kau buatku terjatuh
Dan tejatuh lagi
Membuatku merasakan yang tlah terjadi
Semua yang terbaik dan yang terlewati
Semua yang terhenti tanpa ku akhiri



Still remember about this song? I still remember. You? 


Ingat, dengar. Tak memberi apa-apa kesan. Immune. 
Honestly, lagu yang best. Lagi2 versi Yuna :) 
Btw,. Lagu ni dah tak tersenarai dalam carta dah. B)
So what's new? 
None. Maybe. 

17 March 2013

How to deal with a pessimist?


Assalammualaikum

Whatt a lazyyy sundayyy. Whoaa :O

" Refusing to take the next step because you fear failure creates pessimism" - Dan Rockwell. 

Do you ever face with someone who has a very pessimistic mind? Seriously tak ada idea macam mana nak deal dengan orang begini. -_-

 Oh ye, aku bukanlah  veryy-verryy optimist person sepenuh masa sebab ada masa aku terasa aku pun such a pessimist jugak. Takut nak buat something sebab macam takut nak deal dengan akibat perbuatan aku tu. EEE. penakott. Boooo.

BUT.
Aku nak, aku harap, aku mahu dan aku akan cuba untuk control my pessimistic thinking dari conquer aku punya mind and feeling. Certain time boleh, TAPI bukan all time nak berfikiran negatif. Semua tak boleh, semua susah, semua salah kau, semua kau jadik mangsa, senang citer semua benda kau lah yang tanggung dan mangsa keadaan. Booooooringgggg~~ seriously.

Aku wonder camne a very pessimistic person bergumbira dalam life dorang. What things really can make them happy actually. Hmmmmm.. *think*

Bila argue atau discuss with a pessimist person, aku just end up dengan silence. confuse. Takkan nak bagi lecture motivation plak kat dorang. haha. cant imagine -_-'

Hmm.. orang cakap life ni macam bola la, roller coaster la pe la. Which is quite true. Ada up and down. Mak pun selalu ingatkan pasal benda tu. Bila aku menangis depan dia sebab kesalahan tak sengaja yang aku buat, yang pada aku rasa besaaar gilaaa la problem tu. Rasa macam end of the world da :D My lovely mak akan ingatkan yang benda tu biasa. Kalau tak hadap benda2 sakit hati macam tu, camne nak belajar. No wonder mak sangat cool even ada masalah yang boleh melelehkan airmata dia bila-bila masa ;')

Lepas ni aku pilih untuk lari. Lari dari si pessimist. Sebab penyakit tu macam boleh berjangkit je. So, larrrriiiiik laju2 dari golongan itu!.

Kalau diri terjerumus dengan penyakit pessimist, lempang muka kuat2. Pastu bukak buku Dr Fadzilah Kamsah, baca! Beli buku motivation, buku agama banyak2. baca quote2 inspiring!. (advice buat diri sendiri. aku hamba banyak weakness, senang lupa plak tu. hewhew )




Bukan kau sorang ada masalah. See on brightside peliss. 



Realist. 

15 March 2013

Pendidikan seni


Assalammualaikum.

Teringat masa dulu-dulu.

Masa kotak ubat gigi aku rasa benda paling berharga kat dunia ni. Sebab cikgu PS (Pendidikan Seni) soh bawak. Ada budak tak bawak sebab mak dia dah buang dalam tong sampah.

Tak pun tempurung kelapa mak parut. Cari yang cantik2, high kualiti punya sebab nak lawan ngan tempurung kelapa kawan. Kat kelas warna2 benda tu.

Amik kentang mak, patut buat gulai, tapi kena ukir untuk jadikan cop. Bawang turut serta -_-

Malam2 pergi bawah pokok cari ranting kayu. Untuk jadi batang pokok dalam lukisan. Kalau batang aiskrim tu dah macam cantik sangat dah.

Kalau tak dapat bawak apa yang cikgu suruh bawak, rasa macam sedih, terasing nih. haha. over.

pastu kawan cakap. " wei, nanti cikgu marah ah kau tak bawak"

terus tachycardia. berpeluh. "cane ni..cane ni.."

: D


Comelnya zaman dolu2.. Zaman sekarang ada lagi ke. Kalau tak ada, kat anak aku nanti aku buat. Mihmihmih.



09 March 2013

Simple

Assalammualaikum.


Oh, hai new template. Baju baru untuk comot kicik. hihi.

and goodbye overpinkinazation (word baru) derived from overwafarinazation (diagnosis patient kat wad sebab terlebih warfarin, in my case, terlebih pink?) ;p

Adakah ini petanda kedewasaan dimana tahap ke-obses-an terhadap pink dah semakin stabil? Er ada kaitan?

Dunno, nak benda simple. tenang. tak serabut. and mahu mengurangkan habit menepek gambar sendiri di mana2. Satu dua cukuplah kot (InsyaAllah).

Untuk dua tiga bulan akan datang, akan jadi bulan2 yang hebat. Hebat dari segi mental fizikal. Nanges. Ya Allah berikan kekuatan pada kami.


Ok bye.

01 March 2013

Realiti dan Mati





Cuaca sering berubah. Same goes to people.
Ya Allah, jadikan aku hamba yang sering mengingati mati.  Hapuskan segala hasad dengki, sifat2 yang Engkau benci dari hati ini. Jangan biarkan aku menyakiti hati orang lain secara sengaja atau tidak sengaja.

Patient Bed 10.

Hati begitu tersentap dengan pemergian seorang pesakit tua di wad. Seorang atok berlainan agama. Sehari sebelum dia pergi, berpeluang untuk menyuapkan makanan (agak banyak) kat dia walaupun dia antara pesakit yang paling liat nak makan/minum sampai akak2 nurse dah penat nak suruh dia makan. Gembira sangat bila dia terima pujukan untuk makan.

"Bismillahirrahmanirrahim, Aaaaa.. "(sambil suap atok nasik dengan lauk ayam)

Sambil suap makan, mulut tak habis2 membebel. Bukan bebelan kosong tapi penguat semangat. Entah atok faham ke tak. Dia iban yang tak reti bahasa melayu dan aku melayu. Tak kisah, yang penting nak bagi semangat banyak2. Sambil suap tu, tepuk2 bahu atok untuk bagitau kat dia, dia baik haritu sebab nak makan. Kalau kat budak, macam nak bagitahu.. ' Gudd boyyyy'. Aha. Paham? tak paham ignore. hehe susah nak explain. Selesai makan, nampak atok senyum dan sendawa. Ya Allah, happynya!

Esok nya, nampak nurse bawak laringoscope. Selalu guna masa resuscitation. Langsir depan bilik atok, dibukak. Jengah bilik 10, tengok sekujur tubuh berselimut menutupi kepala. Tangan terkulai keluar.

 Terkejut. Sangat.

Rest in peace Atok Anggo. Perhaps the food that I fed you was your last meal.


Surah Al-Ankabut, Ayat 64.

"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui"


Dunia vs Akhirat