15 March 2013

Pendidikan seni


Assalammualaikum.

Teringat masa dulu-dulu.

Masa kotak ubat gigi aku rasa benda paling berharga kat dunia ni. Sebab cikgu PS (Pendidikan Seni) soh bawak. Ada budak tak bawak sebab mak dia dah buang dalam tong sampah.

Tak pun tempurung kelapa mak parut. Cari yang cantik2, high kualiti punya sebab nak lawan ngan tempurung kelapa kawan. Kat kelas warna2 benda tu.

Amik kentang mak, patut buat gulai, tapi kena ukir untuk jadikan cop. Bawang turut serta -_-

Malam2 pergi bawah pokok cari ranting kayu. Untuk jadi batang pokok dalam lukisan. Kalau batang aiskrim tu dah macam cantik sangat dah.

Kalau tak dapat bawak apa yang cikgu suruh bawak, rasa macam sedih, terasing nih. haha. over.

pastu kawan cakap. " wei, nanti cikgu marah ah kau tak bawak"

terus tachycardia. berpeluh. "cane ni..cane ni.."

: D


Comelnya zaman dolu2.. Zaman sekarang ada lagi ke. Kalau tak ada, kat anak aku nanti aku buat. Mihmihmih.



No comments:

Post a Comment