01 March 2013

Realiti dan Mati





Cuaca sering berubah. Same goes to people.
Ya Allah, jadikan aku hamba yang sering mengingati mati.  Hapuskan segala hasad dengki, sifat2 yang Engkau benci dari hati ini. Jangan biarkan aku menyakiti hati orang lain secara sengaja atau tidak sengaja.

Patient Bed 10.

Hati begitu tersentap dengan pemergian seorang pesakit tua di wad. Seorang atok berlainan agama. Sehari sebelum dia pergi, berpeluang untuk menyuapkan makanan (agak banyak) kat dia walaupun dia antara pesakit yang paling liat nak makan/minum sampai akak2 nurse dah penat nak suruh dia makan. Gembira sangat bila dia terima pujukan untuk makan.

"Bismillahirrahmanirrahim, Aaaaa.. "(sambil suap atok nasik dengan lauk ayam)

Sambil suap makan, mulut tak habis2 membebel. Bukan bebelan kosong tapi penguat semangat. Entah atok faham ke tak. Dia iban yang tak reti bahasa melayu dan aku melayu. Tak kisah, yang penting nak bagi semangat banyak2. Sambil suap tu, tepuk2 bahu atok untuk bagitau kat dia, dia baik haritu sebab nak makan. Kalau kat budak, macam nak bagitahu.. ' Gudd boyyyy'. Aha. Paham? tak paham ignore. hehe susah nak explain. Selesai makan, nampak atok senyum dan sendawa. Ya Allah, happynya!

Esok nya, nampak nurse bawak laringoscope. Selalu guna masa resuscitation. Langsir depan bilik atok, dibukak. Jengah bilik 10, tengok sekujur tubuh berselimut menutupi kepala. Tangan terkulai keluar.

 Terkejut. Sangat.

Rest in peace Atok Anggo. Perhaps the food that I fed you was your last meal.


Surah Al-Ankabut, Ayat 64.

"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui"


Dunia vs Akhirat



No comments:

Post a Comment