20 April 2013

Orang Istimewa (Oi)



Assalammualaikum

Alhamdulillah dapat peluang untuk ziarah orang2 tua kat Rumah Seri Kenangan.

Secara tiba2. Takde dalam plan. Terima kasih Allah :)

Langkah kanan orang kata, ada majlis, terus dipelawa ke meja makan ala2 VIP. Siap ber-usher2 lagi kau. Tak nahan, padahal pakai crocs comot dah lama tak basuh. Bedal jelah. Terus teringat cerita hindustan 3 idiots. Datang makan kat majlis yang takde kaitan ngan kita. haha :p (terima kasih kat makcik yang sudi pelawa ktorang masuk even ktorg nak tengok nenek2 je sebenarnya.hehe)

Duduk dalam kekeliruan. Majlis apa nih -_-

*tengok stage*

Oh, majlis anugerah pelatih n majlis harijadi beramai-ramai. Alolo comelnya. hik2.


Majlis ni untuk sambut pelatih2 OKU yang dah tamat latihan dan sambut harijadi dorang (kalau tak silap, tadi terlalu fokus makan).

Masing2 tamat latihan bagi kemahiran yang kita rasa mungkin nampak kecik tapi pencapaian besar untuk dorang. Macam convocation day tahu, cuma takde jubah je. hihi.

Dann.. tahukah anda bahawa duduk dalam majlis camni kadang-kadang rasa lebih best dari duduk dalam majlis dinner yang glemer-glemer, bling-bling semua tuh.

nek saripah. pernah bagi kasut kat dia. tapi tadi dia berkaki ayam -_-
 mana nek letak kasut tu nek oii. 

Akan selalu rindu kat penghuni RSK. Akan selalu adore/kagum kat orang-orang kurang upaya [yang aku lebih suka untuk panggil sebagai Oi (orang istimewa)]

Kita yang normal (dari mata kasar) ni? sila bersyukur banyak2. 







No comments:

Post a Comment