16 August 2013

Bidadari syurga


Khas buat si comel tersayang yang pergi meninggalkan kami tanggal 19 Jun 2013, Allahyarham Wan Iman Zahra (2 tahun, 8 bulan) ;')

Dah nak masuk sebulan, baru maksu ada kekuatan nak tulis pasal ni. InsyaAllah.

Tak ada apa nak ditaip rasanya. Tak tahu apa nak ditaip sebenarnya. Terlalu banyak benda nak diluahkan tapi cukuplah tersimpan dalam fikiran saja. Allah knows.

Allah uji kami lagi ;') Dengan penyakit yang lebih kurang sama, Cancer. Arwah Angah pergi disebabkan kanser tulang. Kali ni, Iman pergi dengan kanser berkaitan darah iaitu Leukemia. Allah.

Memandangkan aku belajar dalam bidang yang melibatkan pesakit, kematian adalah sesuatu yang 'biasa' dilihat sebenarnya. Terus aku diajukan soalan, bukan ke aku dah biasa lihat kematian kat hospital? masih susah kawal perasaan sedih?. Hmmm. Belum habis jawab soalan, airmata laju menuruni pipi. Jujur, aku orang biasa, sedih kehilangan orang tersayang, lebih lagi ahli keluarga bukan calang-calang. Serius aku tak suka bila ada jururawat yang 'mempermainkan' keadaan nazak seseorang. Mereka tak tahu apa yang ahli keluarga dia rasa. Hm.

Rindu bertambah-tambah. Rindu pada arwah abang tersayang masih kuat walaupun dah tujuh tahun pemergian, dan sekarang rindu pada keletah si bijak arwah Iman. Doa-doa daripada kami sentiasa mengiringi mereka, InsyaAllah.

Semoga Allah tabahkan hati kami sekuat-kuatnya dalam menghadapi ujian ini dan ujian-ujian yang akan datang. Jadikan kami hamba yang sentiasa mengingati mati dan lebih dekat dengan-Mu Ya Allah. Amin.

Selalu pujuk diri dengan berfikir yang kita semua pun akan mati. Cuma, giliran mereka bertemu Allah lebih awal berbanding kita. Allah bagi kita peluang kumpul amal dan bertaubat. Berharap sangat dapat berkumpul kembali di alam sana kelak. huhu.

Bergembira di syurga sayang ;') 



Teruskan kehidupan dengan senyuman ;')