23 September 2013

Dunia baru


Assalammualaikum.

Tengah dalam mood 'home sweet home' sangat. Bukan di Nilai tapi di Seremban. Muehehe.

Banyak sangat benda nak cerita kalau nak sambung dari last entri dalam blog ni. Title pun dah bertukar. Dari seorang student yang dikelilingi kawan-kawan single mingle (mostly) hingga lah menjadi seorang nurse yang dikelilingi aqaq-aqaq yang nampak je muda sebaya aku tapi anak dah berderet. Respect. Fuh. Tapi tak semua dah kahwin, ada yang single tapi hm mungkin in a year time kahwin? Kadang-kadang rasa macam budak hingusan je bila dengan dorang nih. Aku masih ribena. Buat-buat tak ribena je kadang-kadang. Ikut situasi orang cakap. Kuikui.

Minggu ni InsyaAllah genap sebulan kerja. Alhamdulillah. Thanks to Allah sangat-sangat for this rezeki ;) Proses ni banyak bantu aku dalam develop something and overcome certain weakness. Macam? Yee.. DRIVING. Eh malu plak nak cakap. hihi. Nad yang amatlah penakut nak drive even ke satok atau jinki masa kat Sarawak ni dulu dah boleh drive kat highway bergandingan dengan kereta2, lori2, bas2 yang semuanya laju macam nak kejar hapa (tapi along the way mulut kumat kamit baca doa, dah nama penakut. muahaha). At least, tak payah menyusahkan ayah or bangmen yang terpaksa jadi driver ke hulu ke hilir. huhu.

In ward? Mungkin terkena sumpahan gong-gong Mdm Tay, aku masih selalu blur. Uwaa. First day in charge hanya ditemani sister. Dan tak semanis cerita Misiku Kuza kat Astro tu yang boleh lepak-lepak cerita pasal love story with doctor la ape la. First day in charge dah experience kena marah dengan doktor. Haaaa..bes tak bes haha :D Bila fikir balik hal tu, rasa nak tergelak pun ada. Malam tu drive balik dengan rasa nak menangis senangis-nangisnya..ada pulak lagu sedih kat radio. Tapi tak dapat pun nak menangis. Puas cuba keluarkan air mata tak dapat-dapat. Pelik. Mungkin dah terbiasa kena marah dengan Mdm Tay. Kalis dah. haha. Balik, pujuk diri sendiri, motivate diri sendiri. Esoknya bukak buku baru. Habis cite.

Learn from mistake :)

Dah adat freshie, takde pengalaman kerja plak tu. Orang tegur terima je. Even kau rasa macam Ally McBeal yang selalu berfantasi belasah orang bila dia marah kat someone, Senyuuuummm. Buat muka comel walau tak comel mana. There are a loooooooooottt of things yang aku kena belajar walaupun nama je belajar 4 tahun nursing. Tempat baru, start dari A balik la, takde nya terus ke Z. huhu.

Bila jumpa patient dari Sarawak terus rasa macam dorang tu saudara rapat walaupun dorang tak acknowledge kau pun :D Pastu terkeluar lah kamek kitak auk-auk kemeh bagai. haha. Rindu Sarawak seriously.

Akan menikmati percutian 2 hari 3 malam kat rumah paling best kat dunia nih sebelum masuk balik dalam 'dunia orang dewasa' macam yang Fahmi cakap -_-

K baii~! Sekian karangan panjang dari aku.




Sangat-sangat malas dan tak tahu nak update apa-apa kat fb
rasa macammm.... ntah!
Hm, akan aku gagahi jua satu hari nanti ;p







2 comments:

  1. aq pun same weiiiii!!!!!hohohoh...mmg mncabar dunia kerja...moga Allah beri kekuatan kt kite...be a good nurse dear~~

    ReplyDelete