26 October 2013

Oh my perangai

Assalammualaikum

Kalau cakap pasal perangai/habit buruk orang. Rasanya semua orang ada kot. Cuma kau sedar tak sedar je. Aku? jujur cakap.. ada banyaaaakk. Just orang tak sedar, pastu ingat aku ni sempurna bagai. Tidak hencik, tidak.

Dari aku kecik sampai besar godang camni, aku perasan aku ada masalah dunia nak pilih barang masa tengah shopping. Tak kira la baju ke kasut ke bag ke.. takde maknanya lah aku pilih dalam masa kurang dari sejam. Selalunya amik masa 3-4 jam untuk barang yang sikit. Siapa selalu jadi mangsa? Mak aku la. Wuu. Kesian mak.

The worst thing, lepas spend time 3-4 jam camtu, bukan dapat pun barang yang aku nak sangat beli tu. Kadang-kadang tak beli apa-apa sebab macam tak puas hati dengan semua barang yang aku jumpa. See..see..see. Tak tahu lah siapa lagi dapat tahan perangai pelik aku ni selain mak aku. Lepas sejam aku macam dalam dilema nak pilih yang tu atau yang ni, yang kat kedai yang tu ke atau yang kat kedai kat atas tu.. pastu terus diserang penyakit bad mood, malas nak jalan-jalan dah, rasa lapar dan hypo tiba-tiba, rasa give up.. Haa. rasa nak lempang tak perempuan camnih. Haha. Aih, jangan cakap orang lain (ayah aku la paling bising nak ngadap perangai anak dia nih), aku sendiri pun rimas weyh. -_-

Mungkinkah ia sejenis disorder? err..

Lagi berapa minggu nak konvo. Rasa nervous macam nak kahwin! haha. Serious. Ke aku sorang je tak normal rasa camni. -,-

Barang penting untuk konvo tak sampai 10% pun aku prepare. Dengan aku kerja lagi, dengan perangai susah nak pilih barang lagi. WUUU. *meraung dalam hati*

Esok akan rayau sorang kat Nilai survey barang konvo. EE. Tolonglahh nadd. Tolongg jangan buang masa. Jangan nak berdilema sangat! Dush.




Rindu kawan shopping, Nisak. Tapi dia kat India la pulak T_T


No comments:

Post a Comment