08 December 2013

Random


Assalammualaikum

Macam jakun jap bila bukak laptop ber-broadband (lepas 2 bulan tak bayar pastu kena bayar banyak sekaligus, nanges dalam hati masa bayar T.T)

Sekarang 2.36 pagi, menaip dengan mata besau gaya macam esok tak kerja.

Dikelilingi nyamuk, bila berdepan dengan nyamuk kat Nilai ni takut dia lain macam sikit. Skeptikal sket. Rasa macam semua nyamuk kat Nilai ni boleh jangkitkan denggi kat aku. Mana tak nya dah hari-hari ngadap patient denggi kat wad. Satu hari takde patient denggi kat wad macam ajaib gila.

Next story,

Ada masa aku rasa memang nak give up. Nak lari somewhere else dimana aku boleh hidup aman tak payah nak serabut otak. Tapi, ada masa aku rasa macam ada magnet attraction yang suruh aku stay. Orang-orang yang sangat wonderful, tak lokek ilmu buat aku rasa macam nak further study. Dorang sangat awesome boleh buat aku jadi orang yang inquisitive just dengan cerita kat aku experience2 dorang yang scary tapi interesting. The bonding gets stronger each day I guess. Hm :) dengan orang yang negatif sila abaikan, buat tak nampak. 

Next story,

Bila cuti tengok balik diari2 aku zaman sekolah. Kagum dengan kerajinan diri sendiri waktu dulu mengarang karangan pada event2 yang special. Sibuk betul aku dulu rupanya. Sibuk melayan perasaan. Muahaha. Oh ya, ada satu entri pasal pengalaman aku kapel buat pertama kali dalam hidup, aku mulakan ayat dengan

"Tarikh kat atas merupakan tarikh kebodohan aku, aku boleh terima untuk..."

 Nampak benar tak happy :D tu nama nya cinta monyet. Memang cam bodo-bodo je.

Next story,

Aku nak dekat dengan mak ayah. Aku nak dekat dengan dorang selagi Allah bagi aku peluang untuk jaga dorang. Kalau ada hospital sebelah rumah, aku sanggup hantar resume beratus kali. Ya Allah, Kau tahu apa yang tersirat dalam hati aku. Kau permudahkan, Kau kuat kan hati aku. Amin.

Next story,

Tengah fikir sekarang ni masa untuk memberi peluang atau menutup peluang. Masa untuk fikir dengan serius...kot?

Next story,

Pergi tidur, esok bangun awal, keluarkan ayam dari peti sejuk, masak, makan, pergi kerja.



Goodnight!

1 comment: