09 December 2014

Jodoh?

Soal Jodoh.
Serahkan kepada tuhan.
Jodoh cepat,

Jodoh lambat,
Tiada jodoh,
Semua adalah ujian.
Tapi cuba lihat se
kali lagi.
Semua juga adalah kasih sayang.
Ini tanda Kasih sayang daripada tuhan yang satu.
Anda belum jumpa jodoh,
"Bercintalah" dengan tuhan dahulu,
Tuhan sedang beri kasih sayang,
Berbahagialah dengan tuhan.
Bukan tuhan tidak tahu gusarmu,
Tuhan dengar setiap doamu,
Sabarlah sehingga tiba waktu,
Tuhan sentiasa tahu.

-( Prof Muhaya, 2014) 

Mungkin kasih sayang aku lebih tertumpu kepada hamba Allah berbanding Dia. Cintakan manusia, mungkin tak terbalas, tak berterusan disayangi. Cintakan Allah, Sentiasa disayangi, dikasihi. 

"Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal." - (Surah Ghafir-Ayat 39). 

Bakal pengantin? tidak tahu bila, . 
Bakal jenazah? pasti. :(




22 October 2014

New life chapter, Malacca.

Assalammualaikum.

Dah lamaaaaaaaaa gila tak update blog.

Macam-macam benda tak tercerita in between last post dan post yang ini.
And here I am, currently in Melaka, bukan di Nilai.
Memang la hidup aku ala-ala nomad kan. Merantau ke sana sini.

Alhamdulillah dah masuk bulan ke 4 aku kerja kat Melaka nih.
Jumpa banyak orang, macam ragam ;)

Kat tempat baru aku jumpa benda baru. Of course la kan.
Benda yang aku rasa macam simple je tapi tak.
Haa tu nama nya Allah nak menguji.
Tetiba jadi observant pulak. Memerhati sambil berfikir.

oh, doakan aku jadi Nurse Rehab yang baik sekarang dan masa depan.
We are rehab! *cheers kitorang, dalam apa2 occasion. muahaha*



aku rasa tempat kerja aku ni macam tempat jejak kasih jugaklah.
first, jumpa super duper senior Unimas that is my sister, kak Iza yang cool

second, jumpa senior setahun yang aku tak pernah nampak time MRSM Serting dulu, Hafizi. Bak kata dia mana tak nampak, aku asyik tengok senior yang handsome je. haha.


ok bye. mari bersoping.

27 March 2014

Tiny thought #15



Minta itu ini. 
tapi diri ni selalu leka. alpa. 
kadang-kadang terasa jauh dari Dia. :(

Dia makbulkan ke doa kita? huhu

O myself. 
Comfort me Ya Allah. :'(

27 February 2014

Cinta Sesungguhnya - My new addiction


Lovely song :) you, listen to this song please?

I've changed. Towards positivity. (i guess.. hihi)
I have taken a big step. After few years of not moving anywhere.
A matured version. A serious one. Heh?
Hoping this is the last one.

What if, its isnt?


28 January 2014

Wishlist?



Dalam tengah kira-kira duit gaji (yang tak seberapa tapi alhamdulillah) pakai kalkulator, tetibe rasa nak sangat meng-'dream comes true' kan angan-angan.

Pernah set few things to do before get married sebelum ni. Wishlist omputeh cakap.

Banyak2 wishlist aku, ni kira wishlist yang macam susah nak dapat (bagi aku), except for number 3. Yang tu InsyaAllah sebab antara semua dia kira terendah dari segi kos.

These are the things:

1. Nak travel ke oversea. Bukan nak pergi kat semua negara feveret pun. Satu je. Satuuuuu pun jadilahh. Yang lain kita pergi dengan future husband. *konfiden dia nak bawak kau*
2. Pergi umrah dengan mak ayah. Teringin dari kecik.
3. Having my own camera. Dari dulu simpan duit, tapi pergi ke tujuan lain T.T


Mari simpan duit dengan gigih. Hidup sederhana :)




17 January 2014

Tiny thought #13



Hampir menjebakkan diri dalam masalah yang sure-sure mengusutkan otak aku. Rebellious action eh?. Tapi kat diri sendiri. pelik-pelik aku ni. 

Moral of the story, 

Jangan buat decision lelaju dalam keadaan mental tak stabil. 

Naseb baek tak terjebak. Kalau tak, aku jadi perempuan kejam kerja asyik sakitkan hati orang. Cukuplah nadd. 



Rasa macam robot.
:[

07 January 2014

Say something


a song which i love to listen. again and again.

i knew that i'm the one who should say something first, but seriously, i dont know where/when/how to start.

06 January 2014

Scary moment

Assalammualaikum

Pernah rasa waktu yang orang cakap 'berpantang maut dari ajal'? Well seriusly aku rasa haritu. Rasa takut sangat. Amalan tak cukup weh, dosa banyak ;(

Semua sebab sikap degil aku yang suka balik terus lepas kerja malam. Habis kerja dalam pukul 7.30 pagi macam tu terus gedebus balik Seremban. Everytime balik memang ikut highway sebab paling cepat dan senang. Nama pun highway, jalan lurus, terus je, smooth jee..lagi-lagi dalam pukul 8-9 pagi camtu tak banyak kereta. Pastu mula la rasa-rasa mengantuk. Even takde menguap setiap berapa minit, tapi ngantuk dia datang tiba-tiba. Tau-tau je terlelap.

 Andd, tengah-tengah syok drive tekan minyak dalam kelajuan 130 camtu, aku terlelap. Serius tak sedar bila aku terlelap. Masa tu kat line tengah. Tak tau berapa lama aku terlelap, tiba-tiba aku rasa kereta macam membelok and bila bukak mata rupanya kereta da masuk line paling kanan and hampir langgar penghadang jalan tu. Alhamdulillah takde kereta laju kat belakang waktu tu. Kalau tak...HUU.

Lepas ni akan sedaya upaya avoid balik terus lepas kerja malam. Mak tak tau ni, kalau tau habis kena lecture sejam agaknya -,-


Malaikat maut jenguk kita 70 kali sehari.
Apa agaknya perbuatan akhir waktu malaikat cabut nyawa kita? hm ;(