28 January 2014

Wishlist?



Dalam tengah kira-kira duit gaji (yang tak seberapa tapi alhamdulillah) pakai kalkulator, tetibe rasa nak sangat meng-'dream comes true' kan angan-angan.

Pernah set few things to do before get married sebelum ni. Wishlist omputeh cakap.

Banyak2 wishlist aku, ni kira wishlist yang macam susah nak dapat (bagi aku), except for number 3. Yang tu InsyaAllah sebab antara semua dia kira terendah dari segi kos.

These are the things:

1. Nak travel ke oversea. Bukan nak pergi kat semua negara feveret pun. Satu je. Satuuuuu pun jadilahh. Yang lain kita pergi dengan future husband. *konfiden dia nak bawak kau*
2. Pergi umrah dengan mak ayah. Teringin dari kecik.
3. Having my own camera. Dari dulu simpan duit, tapi pergi ke tujuan lain T.T


Mari simpan duit dengan gigih. Hidup sederhana :)




17 January 2014

Tiny thought #13



Hampir menjebakkan diri dalam masalah yang sure-sure mengusutkan otak aku. Rebellious action eh?. Tapi kat diri sendiri. pelik-pelik aku ni. 

Moral of the story, 

Jangan buat decision lelaju dalam keadaan mental tak stabil. 

Naseb baek tak terjebak. Kalau tak, aku jadi perempuan kejam kerja asyik sakitkan hati orang. Cukuplah nadd. 



Rasa macam robot.
:[

07 January 2014

Say something


a song which i love to listen. again and again.

i knew that i'm the one who should say something first, but seriously, i dont know where/when/how to start.

06 January 2014

Scary moment

Assalammualaikum

Pernah rasa waktu yang orang cakap 'berpantang maut dari ajal'? Well seriusly aku rasa haritu. Rasa takut sangat. Amalan tak cukup weh, dosa banyak ;(

Semua sebab sikap degil aku yang suka balik terus lepas kerja malam. Habis kerja dalam pukul 7.30 pagi macam tu terus gedebus balik Seremban. Everytime balik memang ikut highway sebab paling cepat dan senang. Nama pun highway, jalan lurus, terus je, smooth jee..lagi-lagi dalam pukul 8-9 pagi camtu tak banyak kereta. Pastu mula la rasa-rasa mengantuk. Even takde menguap setiap berapa minit, tapi ngantuk dia datang tiba-tiba. Tau-tau je terlelap.

 Andd, tengah-tengah syok drive tekan minyak dalam kelajuan 130 camtu, aku terlelap. Serius tak sedar bila aku terlelap. Masa tu kat line tengah. Tak tau berapa lama aku terlelap, tiba-tiba aku rasa kereta macam membelok and bila bukak mata rupanya kereta da masuk line paling kanan and hampir langgar penghadang jalan tu. Alhamdulillah takde kereta laju kat belakang waktu tu. Kalau tak...HUU.

Lepas ni akan sedaya upaya avoid balik terus lepas kerja malam. Mak tak tau ni, kalau tau habis kena lecture sejam agaknya -,-


Malaikat maut jenguk kita 70 kali sehari.
Apa agaknya perbuatan akhir waktu malaikat cabut nyawa kita? hm ;(