06 January 2014

Scary moment

Assalammualaikum

Pernah rasa waktu yang orang cakap 'berpantang maut dari ajal'? Well seriusly aku rasa haritu. Rasa takut sangat. Amalan tak cukup weh, dosa banyak ;(

Semua sebab sikap degil aku yang suka balik terus lepas kerja malam. Habis kerja dalam pukul 7.30 pagi macam tu terus gedebus balik Seremban. Everytime balik memang ikut highway sebab paling cepat dan senang. Nama pun highway, jalan lurus, terus je, smooth jee..lagi-lagi dalam pukul 8-9 pagi camtu tak banyak kereta. Pastu mula la rasa-rasa mengantuk. Even takde menguap setiap berapa minit, tapi ngantuk dia datang tiba-tiba. Tau-tau je terlelap.

 Andd, tengah-tengah syok drive tekan minyak dalam kelajuan 130 camtu, aku terlelap. Serius tak sedar bila aku terlelap. Masa tu kat line tengah. Tak tau berapa lama aku terlelap, tiba-tiba aku rasa kereta macam membelok and bila bukak mata rupanya kereta da masuk line paling kanan and hampir langgar penghadang jalan tu. Alhamdulillah takde kereta laju kat belakang waktu tu. Kalau tak...HUU.

Lepas ni akan sedaya upaya avoid balik terus lepas kerja malam. Mak tak tau ni, kalau tau habis kena lecture sejam agaknya -,-


Malaikat maut jenguk kita 70 kali sehari.
Apa agaknya perbuatan akhir waktu malaikat cabut nyawa kita? hm ;(

1 comment: